Cara Buat Temujanji Untuk Berurusan Di PAID Selangor (JAIS)

By Aiman San

Published On:

Follow Us

Cara Buat Temujanji Bagi Urusan Penting Di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengumumkan dimana orang ramai perlu membuat temujanji terlebih dahulu sebelum berurusan di PAID sepanjang tempoh PKPB berlangsung di Selangor.

Iklan Disini

Ini bertujuan bagi mengelakkan pengumpulan orang ramai di pejabat JAIS dalam satu-satu masa. Dengan sistem temujanji ini, pastinya ianya dapat dikurangkan jumlah mereka yang hadir dalam waktu yang sama.

SOP Ketika Hadir Di PAID

Bagi mengelakkan penularan COVID-19, anda perlu patuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak JAIS, antaranya :

Iklan Disini

  • Ikut tarikh dan masa temujanji seperti yang dipohon
  • Pakai pelitup muka apabila berurusan
  • Penjarakan fizikal
  • Menggunakan hand sanitizer
  • Hanya seorang sahaja yang dibenarkan hadir bagi setiap urusan

Cara Buat Temujanji PAID Selangor (JAIS, e-Manual)

Proses temujanji ini melibatkan semua Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Selangor iaitu di Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak, Kuala Langat, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Sepang dan Sabak Bernam.

Antara perkara yang terlibat bagi proses urusan temujanji ini adalah :

  • Permohonan Kebenaran Berkahwin
  • Pengambilan Surat Perakuan Nikah/ Surat Perakuan Cerai/ Surat Perakuan Rujuk
  • Pendaftaran Cerai/ Pendaftaran Rujuk
  • Permohonan Carian
  • Permohonan Pengesahan/ Daftar Nikah (perkahwinan luar negeri/ negara dan lain-lain)
  • Lain-lain (nyatakan)

Langkah 1)  Layari laman web JAIS www.jais.gov.my dan cari serta klik pada Pautan Temujanji atau klik disini

Iklan Disini

Cara Buat Temujanji Bagi Urusan Penting Di PAID Selangor

Langkah 2)  Pilih dan klik PAID yang berada di daerah anda

Cara Buat Temujanji Bagi Urusan Penting Di PAID Selangor

Langkah 3)  Pada paparan “Tetapan Temujanji” akan tertera tarikh untuk tempoh sebulan. Jadi anda perlu pilih “slot warna Hijau” iaitu yang masih kosong atau available. Ikut masa anda yang bersesuai.

Iklan Disini

Slot yang sudah penuh, tidak boleh dipilih

Cara Buat Temujanji Bagi Urusan Penting Di PAID Selangor

Langkah 4)  Kemudian pilih “Perkara”, masukkan “nama penuh”, “nombor telefon” beserta “emel” yang aktif. Anda tidak perlu Login untuk urusan temujanji ini

Jika sudah lengkap, akhir sekali, klik “Daftar”

Cara Buat Temujanji Bagi Urusan Penting Di PAID Selangor

Iklan Disini

Langkah 5)  Sekiranya proses tempahan temujanji berjaya. Pelanggan akan menerima emel dan sms yang mengandungi maklumat berkaitan temujanji.

Sila cetak email yang diterima atau tunjukkan SMS maklumat temujanji kepada kakitangan bertugas di PAID semasa hadir berurusan di PAID.

Cara Buat Temujanji Bagi Urusan Penting Di PAID Selangor

Adalah sebaiknya apa-apa urusan, buatlah temujanji terlebih dahulu. Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi 03-5514 3400/3600 setiap isnin hingga jumaat (8 pagi – 4.30 petang) atau emel di info@jais.gov.my

Iklan Disini

sumber : JAIS

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment