Kerajaan sudah mengumumkan sebelum ini, pejabat Imigresen UTC akan dibuka semula bermula 15 Jun 2020 selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diumumkan bermula 10 Jun yang lalu.
Dalam pengumuman itu, YAB Perdana Menteri mengumumkan banyak sektor industri boleh dibuka semula selepas hampir 3 bulan henti operasi disebabkan PKP dan juga pandemik COVID-19 yang telah menyerang Malaysia.
Oleh itu, Pusat Transformasi Bandar (UTC) antara premis yang menempatkan pejabat Kerajaan bagi urusan harian juga dibenarkan beroperasi. Tetapi ianya masih tertakluk dengan SOP yang disediakan oleh pihak Kerajaan.
Contents
Perlu Buat Janji Temu Untuk Urusan Di Pejabat Imigresen UTC
- Permohonan baru pasport
- Permohonan dokumen perjalanan terhad
- Laporan kes kehilangan dan kerosakan pasport
- Pembaharuan pasport
Terma Dan Syarat Janji Temu
Antara syarat janji temu yang ditetapkan oleh pihak Imigresen adalah seperti berikut:
- Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, sila buat pilihan lain
- Permohonan temujanji boleh dibuat seawal tiga(3) bulan sebelum dan selewat – lewatnya satu (1) hari sebelum tarikh temujanji dan tertakluk kepada kekosongan
- Pilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi/bekerja rasmi berdasarkan lokasi pilihan kerana terdapat perbezaan waktu kaunter bagi sesetengah Cawangan Jabatan Imigresen;
- Pemohon perlu berada di pejabat Imigresen sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu temujanji. Pihak Imigresen berhak untuk membatalkan temujanji sekiranya lewat;
- Pemohon yang didapati sengaja menyalahgunakan sistem akan disekat;
- Pemohon hendaklah memastikan semua dokumen yang diperlukan adalah lengkap untuk tujuan penghantaran semasa temujanji;
- Notifikasi butiran temujanji akan diemel kepada pemohon, sila cetak dan bawa semasa temujanji.
- Pemohon adalah bertanggungjawab ke atas kesahihah maklumat yang diberikan melalui sistem. Jabatan Imigresen berhak membuat semakan lanjut dan pengesahan ke atas maklumat yang diberikan.
- URUSAN PEMBAYARAN ADALAH SECARA E-PAYMENT MENGGUNAKAN KAD ATM/DEBIT ATAU KAD KREDIT.
Cara Buat Janji Temu Bagi Urusan Pejabat Imigresen UTC
2. Kemudian anda perlu masukkan email yang sah dan klik Proceed.
Jadi anda boleh datang ke UTC yang didaftarkan seperti tarikh yang dimohon.