Caj RM1 Di ATM Akan Dikenakan Semula Seawal Februari 2022

By Aiman San

Published On:

Follow Us
Caj RM1 Di ATM Berkuatkuasa Semula Seawal Februari 2022

Caj RM1.00 bagi setiap transaksi akan dikenakan semula bagi mengeluarkan wang tunai antara bank di mesin ATM seawal 1 Februari 2022.

Pengumuman ini telah dibuat oleh beberapa pihak bank utama di Malaysia dengan memberikan notis awal kepada pengguna melalui laman facebook rasmi masing-masing.

Antara pihak bank yang telah membuat pengumuman seperti Maybank, Bank Islam, CIMB, RHB Bank, AmBank, Public Bank dan banyak lagi.

Iklan Disini

Pihak Maybank ada maklumkan menerusi laman media sosial mereka dimana mulai 1 Februari 2022, caj transaksi RM1.00 untuk pengeluaran wang tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula.

Walaubagaimanapun, pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di mesin ATM Maybank.

Berkuatkuasa pada 1 Februari 2022, caj transaksi RM1.00 akan dikenakan keatas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di mesin ATM/mesin layan diri bukan CIMB Bank/CIMB Islamic.

Iklan Disini

“Walaubagaimana, anda masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di mesin ATM/mesin layan diri kami” – CIMB

Iklan Disini

Sebelum ini, Kerajaan telah memperkenalkan pengecualian caj pada sistem MEPS bermula 6 April 2020 yang lalu bagi memudahkan orang ramai untuk mengeluarkan wang tunai tanpa caj tambahan.

Mereka tidak perlu membayar caj transaksi RM1.00 ketika itu walaupun menggunakan kad dan mesin ATM yang berlainan bank.

Iklan Disini

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment