Real Madrid baru sahaja dinobatkan sebagai juara Supercopa de Espana selepas mengalahkan pasukan seterus Athletico Madrid dengan jaringan penalti 4-1 selepas tiada jaringan yang dapat dihasilkan selepas 90 minit perlawanan sebenar berlangsung. Perlawanan tersebut telah diadakan di King Abdullah Sports City di Jeddah, Arab Saudi pada 12 Januari 2020.
Jika sebelum ini pasukan daripada Serie A juga telah mengadapan perlawanan akhir di Jeddah iaitu pertemuan antara Juventus lwn Lazio dalam pertandingan Supercoppa Italiana. Perlawanan tersebut menyaksikan Juventus dikalahkan 1-3 oleh Lazio. Lebih menarik pada perlawanan tersebut, pasukan Juventus telah menyarung jersi khas yang nama mereka telah ditukar kepada kaligrafi Jawi.
![]() |
via managingmadrid.com |
Jadi sekali lagi berlaku dimana rakaman daripada Youtube rasmi Real Madrid menunjukkan kaligrafi Jawi ditonjolkan pada perlawanan kali ini. Real Madrid telah mengadakan Real Madrid Arabic Challenge dimana pemain harus meneka nama bagi setiap pemilik jersi tersebut yang ditulis dalam kaligrafi Jawi. (Tulisan jawi juga merupakan sebahagian daripada tulisan Arab)
assalamualaikum… selamat tahun baru 2020… maaf laa baru sempat nak datang jenguk ke blog ni… insya allah sy akan kembali fokus sama seperti sebelum ini…. harap2 tak serik utk terjah blog sy nanti ya…