Rata-rata kini ramai berkecimpung ke arah dunia digital seperti dunia Blogging dan Youtube. Ini kerana platform ini ternyata dapat menghasilkan pendapatan sampingan daripada Google Adsense selain daripada kerja hakiki kita. Tetapi ada juga mereka yang menghabiskan masa mereka atau full-time bersama Blog dan Youtube.
Cara mereka dapatkan atau jana pendapatan adalah melalui perkhidmata pengiklanan Google Adsense. Kalau di blog ini, jika anda lihat ada iklan berada di kanan, itu adalah iklan daripada advertiser menggunakan khidmat Google dan Google menumpang blog ini sebagai published. Setiap klik pastinya memberi pulangan kepada tuan blog.
Baca Juga : Penting Untuk Adsense. Cara Buat Disclaimer Dan Privacy Policy Dengan Mudah
Jika anda sudah biasa dengan blog dan Google Adsense tetapi masih tiada peluang lagi untuk cashout kerana belum mencecah Payout Threshold iaitu $100, anda perlu lebih hasilkan content yang berkualiti. Tetapi jika ini adalah kali pertama tetapi tak tahu bila dapat cashout earning daripada Adsense ini, anda kene terus baca di bawah.
Saya akan terangkan bila pihak Google akan membuat pembayaran kepada anda sejurus selepas capai payout Threshold $100.
Bila Google Bayar Anda Melalui Adsense
Bermula 1 haribulan sahaja, wang terkumpul selama sebulan akan kembali 0 dan wang tersebut akan disimpan terlebih dahulu jika payout thresholdnya masih belum capai. Jika sudah lebih $100 anda sudah layak untuk buat cashout. Tiada permohonan dibuat, ianya dilakukan secara automatik.