Akhirnya ada berita baik bagi rakyat Malaysia khususnya pelanggan Astro dimana, mereka telah mengumumkan akan memberi beberapa siaran Astro secara percuma.
Bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020, rakyat Malaysia telah diarahkan bagi mengikut Perintah Kawalan Pergerakan supaya hindarkan diri daripada tempat dan kawasan tumpuan orang ramai tidak kira dimana sahaja.
Selain itu, ada taska, sekolah dan IPT diarahkan tutup. Ada sektor Swasta dan Kerajaan juga ditutup. Mereka diarahkan supaya sentiasa berada di rumah bagi menjadikan pandemik COVID-19 tersebar dan dijangkiti oleh orang lain.
Siaran Astro Percuma Kepada Semua Pelanggan
Antara siaran movie Astro yang diberi secara percuma adalah seperti berikut :
- HITS Movies
- BOO
- HBO
- CINEMAX
- FOX Movies
- FOX Family Movies
- FOX Action Movies
- tvN Movies
- CCM
- Astro Citra dan beberapa siaran lagi
Sementara itu, buat pelanggan NJOI pula, anda dapat akses percuma kepada 2 saluran tambahan iaitu KIX dan Nat Geo Wild.
Diharapkan berita baik ini sedikit sebanyak memberikan berita baik kepada pengguna Astro khususnya yang terpaksa berada di rumah bagi tempoh 2 minggu. Diharapkan juga pandemik COVID-19 ini semakin pulih di Malaysia dan di dunia.