Jika anda mempunyai duit kertas Ringgit Malaysia yang koyak atau rosak, agaknya berapa nilai diperoleh jika anda buat tukaran di mana-mana cawangan bank perdagangan cawangan Bank Negara Malaysia?
Kita mungkin kadang tak sedar, kita simpan duit kertas Ringgit Malaysia tetapi duit tersebut telah rosak. Mungkin keadaanya sudah kotor atau lusuh, lembik, renyuk, terconteng, luntur warna, sudah koyak dan sebagainya.
Tapi takkan duit tersebut anda nak buang. Nak tukar di kedai, pastinya mereka tidak akan menerima. Nak tukar di bank? Mereka nak ke? Jadi sebab itulah anda perlu tahu beberapa keadaan duit kertas tersebut adakah ianya diterima oleh pihak bank atau tidak selepas ianya sudah rosak atau koyak.
Duit kertas kini sudah semakin moden apabila pada tahun 2012 telah diperkenalkan Wang Polimer iaitu bagi nilai RM1 dan RM5. Nilainya masih sama dengan duit kertas lama tetapi memiliki beberapa kelebihan berbanding duit kertas versi lama. Antaranya :
- Tidak mudah koyak
- Wang polimer tidak menyerap air
- Lebih bersih
- Lebih tahal lama
- Simpan wang polimer seperti RM1 dan RM5 secara mendatar atau menegak di dalam beg duit atau dompet anda
- Bersihkan dengan air. Ianya tidak serap air. Jadi selamat
- Gunakan pengikat gelong kertas untuk mengikat wang polimer
Contents
Mengendalikan Wang Ketas Dengan Betul
- JANGAN lipat wang kertas berulang kali (contohnya untuk dijadikan bahan hiasan) kerana ia akan meninggalkan kesan lipatan kekal
- JANGAN renyukkan wang kertas
- JANGAN gunakan dawai kokot, objek tajam atau pin pada wang kertas
- JANGAN masukkan wang kertas ke dalam air atau peluntur warna
- JANGAN kikis jalur holografik yang terdapat pada wang kertas RM50
- JANGAN ubah suai wang kertas
Keadaan Duit Kertas Ringgit Malaysia
2. Luntur Warna
3. Berlubang
4. Diubah suai
5. Mengecut
Saiz Wang Kertas
Nilai Separuh – Lebih 1/2 (setengah) tetapi kurang 2/3 daripada saiz asal wang kertas
Contengan
Nilai Separuh – Membuat tanda pada potret DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong atau tulisan yang berunsurkan politik, agama atau perkauman