Bekas KP, Dr Noor Hisham Terangkan Kenapa Anda Tidak Perlu Risau Dengan Kesan Sampingan Vaksin AstraZeneca

By Aiman San

Published On:

Follow Us

kesan sampingan vaksin astrazeneka tidak perlu risau

Pasti ramai yang dah tahu dimana sebelum ini telah diumumkan bahawa AstraZeneca telah menarik balik semua vaksin mereka di seluruh dunia selepas mengakui bawah vaksin mereka mendatangkan kesan sampingan seperti pembekuan 

Ternyata, Kementerian Kesihatan sebenarnya juga ketahui kesan sampingan ini semasa pandemik Covid-19 yang lalu dan kini bekas KP Kesihatan, Dr. Noor Hisham turut kongsikan dimana rakyat Malaysia tidak perlu risau mengenainya.

Mengambil daripada laman twitternya, beliau kongsikan kesan sampingan vaksin AstraZeneca iaitu kes darah beku.

Iklan Disini

VAKSIN ASTRA ZENECA DAN KESAN SAMPING DARAH BEKU

Kesan sampingan yang dikatakan berkait dengan vaksin Astra Zeneca adalah kesan darah beku atau Vaccine Induced Immune Thrombotic Thrombocytopenia (VITT ).

Ia adalah penyakit di mana darah membeku bersama dengan sel darah kuning… pic.twitter.com/HGUAXXpRcw

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) May 27, 2024

Katanya, kesan sampingan yang dikatakan berkait dengan vaksin Astra Zeneca adalah kesan darah beku atau Vaccine Induced Immune Thrombotic Thrombocytopenia  (VITT ).

Iklan Disini

Ia adalah penyakit di mana darah membeku bersama dengan sel darah kuning menjadi kurang. Perkara ini hanya berlaku dalam sela masa 4 hari hingga 4 minggu selepas menerima vaksinasi.

Oleh itu, beliau minta kepada orang ramai terutamanya yang telah mengambil vaksin AstraZeneca untuk tidak risau kerana vaksinasi terakhir AZ telah berlalu bertahun lamanya.

vaksin astrazeneka tidak perlu risau

Kes mahkamah yang diwar-warkan adalah kes yang berlaku di United Kingdom sewaktu pandemik COVID-19. Ia bukan berdasarkan kes yang berlaku baru-baru ini.

Iklan Disini

Tambahnya lagi, KPM pada waktu itu telah menerima laporan bahawa VITT ini boleh berlaku dalam sela masa 4 hari hingga 4 minggu selepas vaksinasi.

Namun yang demikian, vaksin ini masih perlu digunakan untuk program vaksinasi kerana kadar kematian akibat Covid-19 dalam kalangan masyarakat yang tidak divaksin amat tinggi, dan ketika itu stok vaksin tidak mencukupi waktu itu.

Golongan berisiko tinggi adalah golongan yang pernah mempunyai sejarah pembekuan darah sebelum ini. Golongan berisiko ini tidak dibenarkan menerima vaksin jenis AstraZeneca.

Dr Noor Hisham juga maklumkan, insiden kesan samping darah beku (VITT) juga sangat rendah iaitu 4 kes berlaku dalam 1 setiap juta suntikan. Jika dibandingkan dengan risiko darah beku dan platelet rendah selepas jangkitan COVID-19 itu sendiri, ia lebih selamat

Kes serangan jantung, stroke dan masalah pembekuan darah yang masih lagi berlaku kini TIADA KAITAN dengan vaksin kerana tiada lagi program vaksinasi menggunakan vaksin ini kebelakangan ini. AstraZeneca vaksin juga tidak digunakan Untuk dos penggalak (Booster dose).

Iklan Disini

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment