Bayaran Fasa 2 GKP 4.0 Sebanyak RM500 Dibuat Mulai 23 November Ini

By Aiman San

Published On:

Follow Us
Bayaran Fasa 2 GKP 4.0 Sebanyak RM500 Dibuat Mulai 23 November Ini

Berita baik kepada para peniaga kecil apabila Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri hari ini mengumumkan pembayaran Fasa 2 Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 yang akan dibuat mula 23 November 2021 (Selasa).

Pembayaran berjumlah RM500 ini adalah lanjutan daripada bayaran Fasa 1 juga sebanyak RM500 yang telah dibuat pada September 2021 yang lalu. Bayaran dibuat sebanyak 2 kali.

Secara keseluruhan, setiap peniaga terbabit akan menerima bayaran berjumlah RM1,000 dibawah GKP 4.0 yang melibatkan penerima sedia ada GKP 1.0, GKP 2.0, GKP 3.0 dan penerima baru GKP 4.0 dan bakal memanfaatkan lebih 1 juta PKS mikro yan layak.

Iklan Disini

Sedikit sebanyak, Geran Khas Prihatin 4.0 dibawah PEMULIH ini dapat meringankan beban kewangan akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara khusus kepada peniaga kecil dan sederhana.

Seperti yang diumumkan, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank penerima yang telah didaftarkan dalam sistem GKP sebelum ini.

Iklan Disini

Manakala untuk semakan, anda boleh ketahui status kelulusan GKP 4.0 mulai 22 November 2021 melalui portal GKP iaitu di https://gkp.hasil.gov.my

Untuk maklumat lanjut, penerima GKP boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut disediakan dan dimuat naik di portal berkenaan.

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment