Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 Untuk Penjawat Awam Dibayar Pada 25 Januari Ini

By Aiman San

Published On:

Follow Us
Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 Untuk Penjawat Awam Dibayar Pada 25 Januari Ini

Berita baik untuk penjawat awam apabila kerajaan bersetuju untuk memberikan bonus iaitu Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 seperti yang diumumkan melalui Bajet 2022 yang lalu.

Oleh itu, melalui bantuan khas ini, semua penjawat awam persekutuan akan dibayar pada 25 Januari 2022 bersamaan hari Selasa.


Iklan Disini

Selain itu, bantuan ini juga turut diberikan kepada pesara kerajaan yang menerima pencen dan veteren tidak berpencen.

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022

Bantuan Khas Kewangan Tahun 2022 dibayar kepada pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Gred 56 dan ke bawah sebanyak RM700.

Manakala RM350 bagi kategori berikut:

Iklan Disini

Iklan Disini
  • Pesara Kerajaan yang sedang menerima pencen
  • Penerima Pencen Terbitan
  • Pesara Perkhidmatan Awam Skim KWSP
  • Veteren Berpencen dan Tidak Berpencen


Iklan Disini
bantuan khas kewangan untuk penjawat awam dibayar pada 25 januari 2022

Untuk pengetahuan, kepada pegawai yang tidak mendapatkan 2 dos imunisasi Covid-19 yang lengkap selain atas sebab kesihatan dan mendapat pengesahan daripada pengamal perubatan berdaftar akan ditangguhkan pemberian.

Mereka hanya layak dibayar sekiranya telah melengkapkan dos imunisasi Covid-19 selewat-lewatnya apda 31 Mac 2022

Iklan Disini

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam atau Bahagian Pencen JPA menerusi portal www.jpa.gov.my atau www.jpapencen.gov.my

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment