MusaadahKhairahPPZ menyediakan Bantuan Khas COVID-19 kepada mereka yang layak iaitu mereka yang terjejas pendapatan ketika Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung.
Bantuan khas COVID-19 ini merupakan inisiatif daripada Pusat Pengutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) bagi menolong dan membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.
Contents
Siapakah Yang Mereka Bantu?
- Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
- Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja atau peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan.
- Menyahut seruan YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri agar Institusi Zakat lebih proaktif dalam membantu mereka yang memerlukan.
Bantuan Khas COVID-19 Menerusi MusaadahKhairaPPZ
Syarat Permohonan MusaadahKhairaPPZ
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang berumur 20 tahun dan ke atas sahaja.
- Pemohon dalam Kategori B40 iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM4,360 sebulan.
- Pemohon merupakan individu yang terjejas ataupun hilang punca pendapatan ketika wabak COVID-19.
- Permohonan hanya melalui atas talian sahaja dengan melayari musaadahkhaira.zakat.com.my.
Cara Membuat Permohonan
- Bukti Pengenalan Diri. Salinan Kad Pengenalan atau Polis/Tentera Pemohon. Bagi mereka yang mempunyai tanggungan, mohon lengkapkan butiran tanggungan.
- Bukti Pendapatan. Bagi yang bekerja – slip pendapatan / pengesahan pendapatan / pengesahan pemberhentian kerja atau dicutikan tanpa gaji atau dikurangkan gaji bulanan.
- Bukti Perniagaan. Bagi Peniaga/Penjaja Kecil – Lesen Perniagaan/Resit Sewa Tapak atau lain-lain dokumen yang boleh membuktikan pendapatan.
- Akaun Bank. Jika pemohon tidak mempunyai akaun bank, sila lampirkan SURAT KUASA yang ditandatangani oleh pemohon. Sila nyatakan nama pasangan atau waris terdekat beserta maklumat akaun di surat kuasa tersebut.