Apakah Hukum Selfie Menggunakan Filter Anjing? Ikuti Kupasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

By Aiman San

Published On:

Follow Us
Apakah Hukum Selfie Menggunakan Filter Anjing? Ikuti Kupasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Sekarang di era moden, kita boleh tukar gambar kita kepada benda lain seperti muka haiwan dengan hanya menggunakan filter sahaja. Ini bermaksud, muka anda hanya diubah ketika itu dalam versi digital.

Makin lama peranti makin canggih dan pelbagai ciri baru yang disediakan sehingga kita boleh selfie dengan menggunakan filter anjing secara real-time. Kemudian kita kongsi pula di media sosial untuk tatapan umum.

Tapi pernah terfikir tak. Adakah perkara ini dibolehkan di dalam Islam? Gambar kita sedia ada, kemudian ditambah dengan filter haiwan. Ikuti kupasan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan apakah hukum selfie menggunakan filter gambar anjing?

Iklan Disini

Hukum Selfie Menggunakan Filter Anjing?

Secara asasnya, Syariah malarang kita untuk berkelakuan menyerupai haiwan. Larangan ini bertujuan  untuk mengangkat kedudukan manusia berbanding kedudukan makhluk yang lebih rendah. Firman Allah :

لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

Iklan Disini

Maksudnya : “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).”[1]

Iklan Disini

Menurut Imam Ibn Jarir Al-Tabari berkata ketika menafsirkan ayat tersebut, seakan-akan Allah menyatakan :

لقد خلقنا الإنسان في أحسن صورة وأعدلها

Iklan Disini

“Kami telah menciptakan manusia dalam rupa yang paling elok dan paling adil.”[2]

Daripada Anas Bin Malik RA, bahawa Nabi SAW bersabda :

اعْتَدِلُوا فِي السُّجُودِ وَلَا يَبْسُطْ ذِرَاعَيْهِ كَالْكَلْبِ

Iklan Disini

Maksudnya : “ Bersederhanalah semasa sujud dan janganlah salah seorang daripada kalian membentangkan tangannya seperti anjing membentang.”[3]

Imam Al-Munawi berkata dalam  kitabnya Faidh Al-Qadir :

Iklan Disini

وفيه إيماء إلى النهي عن التشبه بالحيوانات الخسيسة في الأخلاق والصفات وهيئة القعود ونحو ذلك

Iklan Disini

“Dalam hadith ini terdapat kecenderungan untuk menegah kelakuan menyerupai golongan haiwan yang rendah pada akhlak dan sifat, pada kelakuan duduk dan seumpama dengannya.”[4]

Justeru, hukum membentangkan atau menurunkan lengan ke lantai ketika sujud adalah makruh sekalipun jika dilakukan kerana penat akibat sujud yang terlalu lama bagi orang yang sujud bersendirian. Syeikh Zakaria Al-Ansari menyebut :

وَيُكْرَه بَسْطُهُمَا لِخَبَرِ الصَّحِيحَيْنِ وَلَا يَبْسُطُ أحدكم ذِرَاعَيْهِ انْبِسَاطَ الْكَلْبِ وَالتَّصْرِيحُ بِالْكَرَاهَةِ من زِيَادَتِهِ وَلَوْ طَوَّلَ الْمُنْفَرِدُ السُّجُودَ فَلَحِقَهُ مَشَقَّةٌ بِالِاعْتِمَادِ على كَفَّيْهِ وَضَعَ سَاعِدَيْهِ على رُكْبَتَيْهِ

Iklan Disini

“Makruh (hukumnya) membentangkan kedua tangan (ketika sujud) berdasarkan hadith yang terdapat dalam Al-Sahihain. Jangan ada di antara kalian yang membentangkan lengannya seperti mana anjing. Secara jelas ianya makruh walaupun jika seseorang itu memanjangkan sujud sehingga menjadikannya letih dia mana dia menahannya dengan tapak tangannya sambal meletakkan kedua lengannya pada kedua lututnya.”[5]

Hukum di atas adalah salah satu contoh daripada pelbagai hukum yang menunjukkan bahawa kelakuan menyerupai haiwan adalah satu perbuatan yang dibenci oleh syarak. Sekalipun ianya termasuk dalam hukum makruh. Oleh itu para ulama telah menetapkan satu kaedah :

التشبه بالحيوانات منهي عنه

Iklan Disini
Iklan Disini

“Berkelakuan menyerupai haiwan-haiwan adalah dilarang daripada melakukannya.”[6]

Dalam masa yang sama, jika penyerupaan itu dilakukan kerana suatu keperluan yang syarie, maka ianya diharuskan,Contohnya ialah untuk bermain dengan anak-anak. Kami nukilkan daripada kitab Hayah Al-Sahabah[7] karangan Sheikh Muhammad Yusuf Al-Kandahlawi bahawa Rasulullah SAW pernah bermain dengan cucu-cucunya  dan para sahabat yang kecil dengan menyerupakan dirinya yang mulia sebagai haiwan tunggangan. Antaranya kisah Saidina Umar Bin Al-Khattab  melihat Saidina Hasan dan Husin menunggang belakang Rasulullah SAW. Lalu beliau berkata : “ Sebaik-baik kuda ialah yang berada di bawah kalian berdua. Lalu Baginda yang mulia bersabda :

ونعم الفارسان هما

Iklan Disini

Maksudnya : “ Dan sebaik-baik penunggang kuda adalah mereka berdua.”[8]

Di sisi Imam Ibn Asakir bahawa terdapat dalam satu riwayat Ibn ‘Abbas bahawa seorang lelaki melihat Saidina Hasan menunggang Nbai SAW lalu berkata : Wahai anak,sebaik-baik penunggang ialah orang yang yang sedang anda tunggang.

Lalu Nabi SAW bersabda :

Iklan Disini

ونعم الراكب هو

Iklan Disini

Maksudnya : “Sebaik-baik penunggang adalah dia (iaitu Saidina Hasan)”

Imam Al-Tabarani menyebut sebuah riwayat daripada Al-Barra’ Bin ‘Azin bahawa beliau pernah melihat Saidina Hasan menunggang Rasulullah SAW semasa solat lalu beliau berkata :

Iklan Disini

نعم المطية مطيتكما

Maksudnya : “ Sebaik-baik tunggangan ialah ‘haiwan tunggangan’ kalian.”[9]

Dalam sebuah hadith riwayat Jabir Bin Abdullah RA bahawa Rasulullah SAW pernah merangkak sambal ditunggang oleh Saidina Hasan dan Husin lalu Baginda bersabda :

Iklan Disini

نعم الجمل جملكما ونعم العدلان أنتما

Maksudnya : “Sebaik-baik unta adalah ‘unta’ kalian berdua dan sebaik-baik barang yang dibawa adalah kalian berdua.”[10]

Iklan Disini

Sebagai perbandingan, pengecualian ini juga berlaku dalam isu pengambilan patung sebagai permainan. Walaupun hukum memiliki patung adalah haram pada asalnya tetapi atas tujuan permainan kanak-kanak, maka diharuskan. Artikel-artikel berikut boleh dijadikan rujukan :

Iklan Disini

  • Bayan Linnas siri ke-86 : Akta Jenayah Seksual Kanak-Kanak : Satu pandangan Islami
  • Al-Kafi #1331 : Hukum menyimpan patung permainan kanak-kanak
  • Bayan Linnas siri ke-123 : Hukum memakai kostum atau cosplay.

Kesimpulan

Hukum mengambil swafoto dengan menggunakan turas bergambar anjing adalah dimakruhkan kerana perbuatan itu dianggap berkelakuan menyerupai haiwan tanpa ada keperluan. Walaubagaimanapun jika ia boleh membawa kepada mempermainkan asal kejadian Allah dengan mengubah kembali kejadian tersebut maka ia adalah haram. Adapun jika terdpaat keperluan seperti untuk permainan maka ianya diharuskan.

Iklan Disini

sumber penuh : pejabat mufti wilayah persekutuan

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment