Rupanya masih ada lagi di kalangan kita anggap nama seseorang membawa sial kepada kehidupan seharian. Mereka menganggap nama yang diberi sejak lahir tu sebenarnya punca kepada kesusahan dan nasib seseorang itu. Jadi akhirnya, tukar kepada nama lain. Betul ke ajaran ini dalam Islam?
Tukar Nama Lain Kerana Anggap Nama Membawa Sial
Menganggap nama, bulan, nombor tertentu membawa penyakit, malang atau sial termasuk perkara yang dilarang agama. Perbuatan ini disebut Tiyaroh. Kata Nabi:
الطِّيَرَةُ شِرْكٌ
Tiyaroh (menganggap sial) itu syirik. [Riwayat Abu Daud] – AdDien90
Jadi permulaan ini kita dah nampak sebenarnya menganggap nama terutamanya atau apa-apa sahaja yang membawa penyakit, malang atau sial adalah dilarang oleh Allah. Kepercayaan ini juga dianggap mensyikrikkan Allah.
Perkongsian ini juga telah dirungkaikan oleh Mufti Wilayah, SS. Dr. Zulkifli didalam Isryad Fatwa yang menerangkan terdapat 2 keadaan dimana orang tukar nama kepada yang lain dan hanya 1 sahaja sebab yang disunatkan.
Mengikut penerangan, Ulama menggalakan kita menukar nama kepada nama yang lebih baik jika nama asal kita membawa makna yang buruk seperti Abdul Ka’abah, kerana nama tersebut terdapat unsur syirik padanya.
Manakala jika namanya makna yang baik seperti Balqis iaitu nama isteri Nabi Sulaiman, tidak sepatutnya kita mempercayai nama itu adalah nama Ketua Jin sekali gus membawa kepada sial dan kecelakaan. Seperti yang diberitahu di atas, kepercayaan ini akan membawa kepada syirik kepada Allah.
Mufti Wilayah berpandangan bahawa mempercayai sesuatu nama itu sebagai berat dan tidak mampu ditanggung seorang bayi adalah kepercayaan yang tidak didasari dengan bukti-bukti yang jelas, maka seeloknya bagi kaum muslimin untuk menjauhkan diri dari kepercayaan ini.
[+] Artikel Penuh : Menukar Nama Kerana Nama Terlalu Berat Untuk Ditanggung