Selepas 6 hari tujuh wilayah di Lembah Klang terkesan dengan ketiadaan air disebabkan pencemaran, hari ini Air Selangor mengumumkan bekalan air di semua wilayah terjejas sebelum ini pulih sepenuhnya.
Sebelum ini, pada 3 September 2020, pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan dimana Loji Rawatan Air Sungai (LRA) Rantau Panjang telah dihenti tugas. Ianya terpaksa dilakukan ekoran pencemaran yang telah dikesan pada sumber air mentah di Sungai Selangor.
Disebabkan itu, beberapa kawasan di 7 wilayah akan mengalami gangguan bekalan air iaitu di Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat. Dengan secara total adalah melibatkan 1929 kawasan.