ACL2 : Siaran Langsung Jeonbuk Hyundai vs Selangor Live Streaming

By Aiman San

Published On:

Follow Us

ACL2 : Siaran Langsung Jeonbuk Hyundai vs Selangor Live Streaming

Perlawanan antara Jeonbuk Hyundai vs Selangor FC dalam saingan AFC Champions League Two (ACL2) musim 2024/2025 bakal berlangsung dan menarik minat ramai penyokong.

Sebagai wakil kelab Malaysia, Selangor FC bertandang ke Korea Selatan untuk menentang Jeonbuk Hyundai dalam pusingan kedua kumpulan H.

Aksi kali ini cukup istimewa kerana ia merupakan perlawanan pertama Selangor tanpa bekas ketua jurulatih Nidzam Jamil, yang meninggalkan pasukan baru-baru ini.

Iklan Disini

Kini, jurulatih interim Abdifitaah Hassan mengambil alih tugas bagi mengemudi Selangor untuk perlawanan yang dijadualkan pada 7 November 2024, pukul 6.00 petang waktu Malaysia di Stadium Piala Dunia Jeonju, Korea Selatan.

Peminat juga boleh saksikan secara langsung yang mana perlawanan ini akan disiarkan menerusi saluran Astro Arena Bola 803 dan live streaming di Sooka.

Contents

Iklan Disini

Kedudukan Kumpulan H Setakat Ini

Perlawanan ini merupakan aksi kedua bagi kesemua pasukan dalam kumpulan H selepas bertemu dalam pusingan pertama. Selangor kini berada di tangga teratas dengan 7 mata, hasil dua kemenangan dan satu seri.

Di belakang Selangor, Jeonbuk Hyundai mengumpul 6 mata dari dua kemenangan dan satu kekalahan. Kedudukan ini memberi peluang bagi Jeonbuk Hyundai untuk mencabar Selangor dan menuntut tempat teratas dalam kumpulan.

Iklan Disini

Peluang Jeonbuk Hyundai untuk Membalas Kekalahan

Dalam pertemuan pertama, Selangor berjaya menumpaskan Jeonbuk Hyundai dengan keputusan 2-1 di MBPJ.

Kini dengan kelebihan beraksi di halaman sendiri kali ini, Jeonbuk Hyundai pastinya bersedia untuk menebus kekalahan tersebut dan akan menerima sokongan penuh dari penyokong di stadium.

Selangor FC harus bersedia menghadapi cabaran sengit ini kerana Jeonbuk dijangka akan tampil dengan strategi yang lebih berani dan menyerang.

Keputusan Perlawanan

FT : Jeonbuk Hyundai (1) – (0) Selangor

  • Tiago Orobo 22′

Masa : 6.00 petang
Venue : Jeonju World Cup Stadium
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka

Iklan Disini

Join WhatsApp

Join Now

Join Telegram

Join Now

Leave a Comment