Kalau anda baru sahaja membeli smartphone, perkara utama yang anda perlu ambil berat selepas ini adalah ketahanan bateri. Jadi disini, akan di senaraikan beberapa cara nak jimatkan dan jaga bateri phone supaya tahan lebih lama.
Rasanya antara teknologi yang sedikit lambat untuk berkembang untuk tahun 2020 ini adalah bateri. Beli phone mahal-mahal tapi bateri paling lama pun tahan seharian. Caj pagi sebelum pergi kerja, petang dah kena caj lagi.
Itu kalau baru beli, agak-agak bila dah pakai 1-2 tahun pastinya ketahanan bateri akan menurun. Silap-silap caj pagi, tengah hari dan kena caj sudahnya bateri telefon cepat habis. Mungkin antara tanda bateri handphone rosak la tu.
Jadi untuk menjadikan bateri telefon tahan lama, ada beberapa tips dan langkah untuk anda aplikasikan kepada cara penggunaa harian. Ianya pasti sedikit sebanyak akan membantu ketahanan bateri dari tahun ke tahun. Takda lah setiap tahun nak kena pergi centre tukar bateri kan.
Langkah cara nak jimatkan bateri smartphone ini boleh digunakan pada Android dan iPhone yang kebanyakkannya menggunakan teknologi bateri yang sama. iPhone user lagi la concern pasal bateri health ni, bila dah turun 99% pun dah gusar kan. Itu mungkin sebab cara penggunaan anda yang menyebabkan bateri health itu turun.
Contents
1. Hindarkan Main Handphone Sambil Caj
Ini rasanya antara perkara yang biasa sekali dilakukan oleh pengguna phone lagi-lagi yang minat bermain game. Bila main game, bateri akan cepat habis, jadi solusinya adalah sambung charger untuk caj telefon la jawabnya. Jadi akan berlaku lah main handphone sambil caj.
Kesan kepada telefon anda adalah, fon akan cepat panas dan ini akan memberi kesan kepada bateri dan motherboard. Lama-kelamaan ketahanan bateri akan berkurang dan fon akan cepat habis bateri la jawapnya. Jadi hindarkan main handphone sambil caj
2. Elakkan Terdedah Dengan Cuaca Panas
3. Guna Kabel Yang Berkualiti
Ini anda kena tahu, kalau dah beli telefon mahal, jangan expect untuk guna kabel murah pula. Pastikan sama level tau. Kalau dah fon mahal, aksesori kenalah mahal juga, kalau tidak komponen dalam telefon tersebut akan terkesan. Sebagai contoh pengguna iPhone yang pastinya dalam lingkungan telefon mahal, kena la cari kabel dan charger yang mahal juga.
Kabel Android banyak pilihan kualiti yang boleh di dapatkan dengan harga berpatutun tetapi kalau iPhone sangat terhad dengan harga yang murah. Jadi kalau anda ingin dapatkan juga selain kabel original, anda boleh dapatkan kabel yang mempunyai sijil MFI. Anda boleh dapatkan di pautan Lazada seperti dibawah dengan seller yang boleh dipercayai:
Kabel Lightning MFi iPhone :
Kabel Type-C to Lightning MFi :
Power Adpater USB-PD (Fast Charge)