Ternyata bukan filem antarabangsa sahaja terkesan, filem tempatan juga terpaksa tangguh tayangan juga disebabkan krisis yang sedang meruncing sekarang iaitu virus membunuh COVID-19.
Penangguhan tayangan ini selari dengan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu mengelakkan mass gathering dan penjarakkan sosial disamping arahan daripada pihak Kerajaan berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Selain itu juga, panggung wayang tidak dibenarkan beroperasi kerana bukan berada di dalam sektor servis keperluan yang disenaraikan serta diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada awal PKP diadakan. Sehingga kini, PKP telah dilanjutkan kepada fasa 3 yang mungkin berakhir pada 28 April 2020 ini.
Sepanjang tempoh ini pastinya tiada tayangan filem baru yang boleh ditayangkan di pawagam kecuali filem Daulat yang membuat keputusan dipertontonkan di iFlix pada.
Selain itu, pada awal Mac juga ada ditayangkan filem tempatan iaitu filem Bulan & Pria Terhebat. Ianya ditayangkan pada 12 Mac 2020 dan terpaksa diberhentikan tayangan selepas 6 hari dipawagam kerana PKP. Setakat hari ini masih tiada tarikh diumumkan bila filem ini akan disambung.
Contents