Setiap tingkah laku, mestilah diselarikan dengan adab dan tatasusila termasuk dalam dunia perniagaan online. Jadi jom kita tengok 3 adab berniaga secara online yang anda perlu tahu.
Ada yang mengatakan, sebelum memulakan sebuah perniagaan, anda perlu cukup ilmu supaya segala ranjau dan perjalanan boleh ditempuhi dengan jaya. Sebenarnya perkara ini perlu selari dengan adab dan etika ketika berniaga.
Bukan sahahja berhadapan dengan orang perlu beradab, bukan ketika makan perlu beradab sebaliknya dalam marketing perniagaan juga perlu beradab. Kita mesti mahukan perniagaan kita diberkati selain daripada keutungan kerana ianya merupakan sumber pendapatan kita. Jika tidak beradab dan menyakitkan hati orang lain, tak guna juga kan.
Perkara ini biasa kita lihat bila melibatkan marketing secara percuma. Apa maksudnya?
Ya, anda boleh lihat apabila sesebuah post atau tweet yang telah viral kerana konten pemiliknya, anda tampa berfikiran panjang, anda selitkan produk jualan anda disana. Mungkin jika seorang sahaja, tidak perasan tetapi jika semua seller seperti anda? Komen atau reply tersebut penuh dengan iklan produk sahaja kan.
BACA : Kenapa Pilih Untuk Berniaga Di Shopee? Ada Yang Mampu Jana Pendapatan Sehingga 4 Angka
Pemilik tweet pasti tidak suka, anda yang ingin baca komen facebook atau reply tweet pun tidak suka kerana lambakan iklan tersebut. Tetapi mungkin ada sahaja pemilik tweet tidak kisah tentang perkara ini, tetapi ada yang kisah tentang perkara ini.
Apa perasaan jika post facebook atau tweet viral anda dipenuhi dengan iklan produk yang tiada kaitan langsung dengan konten asal? Pasti rimas kan…
Oleh itu, anda perlu tahulah adab-adab ketika berniaga secara online ni terutamanya jika melibatkan konten orang lain sama ada di facebook, twitter atau instagram.
Contents
Apakah adab berniaga online ini?
Etika atau adab ini terpakai untuk semua medium media sosial utama. Biarlah perniagaan kita diberkati disamping keuntungan yang diperoleh.
#1. Jangan promote di post atau tweet orang yang menjual benda yang sama
#2. Jangan promote di tweet yang tidak bersesuaian
#3. Jangan promote di tweet akaun rasmi
Kalau betul juga nak buat?
Apa salahnya anda laburkan sedikit untuk marketing. Ambil paid review, paid tweet, paid RT dan sebagainya untuk promosikan barangan anda secara selamat dan beradab. Banyak sahaja mereka yang tawarkan harga berpatutan.
Thread pasar malam!Sellers boleh habiskan stock & promote product/business masing masing kat thread ni. Terus je promote kt thread ni ok. Jangan menyelit bawah tweet aku & tweet orang lain dah.
Reply & make a thread!
P/S: Kami restock kerepek malam ni kat shopee. Jaga jaga! pic.twitter.com/eqrQJ8mbxs
— anep (@hanifjamals) July 19, 2020
Kalau taknak pun laburkan dalam marketing, cari tweet yang membenarkan anda iklan perniagaan anda. Sebagai contoh di twitter, kadang ada ‘tweetfemous’ yang sediakan tweet khas untuk anda iklankan produk secara percuma sahaja. Ambil kesempatan dan kongsikan barangan anda disana.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat terutamanya bagi seller yang baru sahaja berkecimpung dalam dunia perniagaan onlin ini. Admin doakan, semuanya berjaya!