Perlawanan Malaysia vs Singapura merupakan aksi terakhir skuad Harimau Malaya dalam peringkat kumpulan ASEAN Mitsubishi Electric Cup (AMEC) 2024 atau juga dikenali dengan Piala AFF.
Perlawanan penting ini akan menjadi penentu untuk kedua-dua pasukan, yang manakah akan mara ke separuh akhir.
Dalam masa yang sama, Thailand akan menentang Kemboja. Thailand telah pun mengesahkan tempat di separuh akhir, manakala Kemboja juga berpeluang mara jika berjaya menewaskan Thailand dengan jumlah jaringan besar.
Cara Malaysia Berjaya Mara Ke Separuh Akhir
Malaysia kini berada di tangga keempat Kumpulan A dengan 4 mata, jumlah mata yang sama seperti Kemboja yang berada di tangga ketiga. Singapura pula berada di tangga kedua dengan 6 mata.
Untuk memastikan Harimau Malaya ke separuh akhir, Malaysia wajib menang ke atas Singapura. Namun, kemenangan sahaja tidak mencukupi jika Kemboja menewaskan Thailand dengan margin gol yang besar.
Jika Malaysia gagal menang, sama ada seri atau tewas, peluang mereka untuk terus beraksi di peringkat seterusnya dalam kejohanan ini akan berkecai. Ini merupakan cabaran getir untuk skuad Harimau Malaya yang perlu mempamerkan aksi terbaik.
Sejarah Pertemuan Malaysia vs Singapura
Sejak 1948, Malaysia dan Singapura telah bertemu sebanyak 82 kali, dengan Malaysia mencatat 32 kemenangan, seri 22 kali, dan tewas 28 kali.
Pertemuan kali ke-83 ini dikenali sebagai Derbi Tambak atau Causeway Derby. Pasukan bimbingan Paul Marti perlu memanfaatkan peluang ini untuk melakar kemenangan penting.
Jadual Dan Siaran Langsung Malaysia vs Singapura
Perlawanan ini akan berlangsung pada Jumaat, 20 Disember 2024, pukul 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Bagi yang tidak dapat hadir ke stadium, anda boleh menonton siaran langsung di Astro Arena 803 atau melalui live streaming di Sooka.
Jangan lepaskan peluang untuk memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya. Ayuh Malaysia, kita gegarkan Bukit Jalil!
Keputusan Perlawanan
FT : Malaysia (0) - (0) Singapura
Masa : 9.00 pm
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
Tayangan TV : Astro Arena
Live Streaming : Sooka
*Malaysia gagal mara ke separuh akhir