Perlawanan menarik antara Malaysia vs Timor Leste dalam kejohanan ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024 (Piala AMEC) akan berlangsung pada Rabu, 11 Disember 2024, jam 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Dengan kelebihan sebagai tuan rumah, Harimau Malaya berpeluang besar untuk mencatat kemenangan sulung dalam kejohanan ini.
Prestasi Terkini Kedua-Dua Pasukan
Malaysia memulakan kempen Piala AMEC 2024 dengan keputusan seri 2-2 menentang Kemboja di tempat lawan.
Aksi yang tidak konsisten di bahagian pertahanan menyebabkan Harimau Malaya gagal memungut tiga mata penuh.
Di pihak lawan, Timor Leste menerima kekalahan besar 10-0 di tangan Thailand di halaman sendiri. Kekalahan ini meletakkan Timor Leste di kedudukan terakhir kumpulan A, manakala Malaysia berada di tempat ketiga.
Rekod Pertemuan Malaysia vs Timor Leste
Sejak pertama kali bertemu pada tahun 2004, Malaysia dan Timor Leste telah berentap sebanyak 7 kali. Menariknya, Malaysia memenangi kesemua perlawanan tersebut.
Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan adalah pada tahun 2019, di mana Malaysia menang besar 5-1 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia. Rekod ini menunjukkan kelebihan jelas buat pasukan Harimau Malaya.
Tonton Siaran Langsung
Siaran langsung Malaysia vs Timor Leste boleh disaksikan di Astro Arena 801 dan Arena Bola 803. Boleh juga tonton live streaming di Sooka
Dengan semangat dan sokongan padu penyokong, Malaysia dijangka membawa pulang tiga mata penting dalam aksi ini.
Keputusan Perlawanan
FT : Malaysia (3) - (2) Timor Leste
- Syafiq Ahmad 38'
- Olagar Xavier 45'+1
- João Pedro 45'+3
- Paulo Josue 70', 83'
Masa : 9.00 pm
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
TV : Arena Bola dan Arena Bola
Live Streaming : Sooka