Pertembungan antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Ulsan HD dalam saingan AFC Champions League Elite 2024 dijangka menarik perhatian ramai, khususnya peminat bola sepak di Malaysia.
Lebih menarik lagi, Ulsan HD yang mewakili liga Korea Selatan kini dikendalikan oleh Kim Pan Gon, bekas Ketua Jurulatih Harimau Malaya. Pan Gon, yang pernah membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa, kini berdepan JDT dalam perlawanan berprestij ini.
Perlawanan ini bakal berlangsung pada hari Selasa, 5 November 2024, bertempat di Stadium Sultan Ismail (SSI), Iskandar Puteri, Johor Bahru, dengan sepak mula pada jam 8.00 malam.
Bagi yang tidak dapat hadir ke stadium, siaran langsung akan disediakan di Astro Arena Bola 803 dan live streaming di platform Sooka.
Perlawanan Peringkat Kumpulan - Zon Timur
Ini adalah perlawanan keempat bagi kedua-dua pasukan dalam ACL Elite 2024. Setakat ini, JDT telah mengumpul 4 mata hasil satu kemenangan, satu seri, dan satu kekalahan.
Sebaliknya, Ulsan HD masih belum mencatat sebarang kemenangan selepas tewas tiga perlawanan awal, walaupun mereka adalah juara K League 2024.
Dengan rekod tersebut, JDT kini berada di tangga ke-5 dan Ulsan di kedudukan ke-12 dalam kumpulan Zon Timur.
Prestasi dan Sejarah Pertemuan
Rekod pertemuan sebelum ini menyaksikan JDT dan Ulsan HD sudah bertemu sebanyak empat kali, dengan JDT memenangi tiga daripadanya. Kali terakhir mereka bertemu adalah pada ACL 2023, di mana JDT tewas pada perlawanan pertama tetapi menang pada perlawanan kedua.
Bermain di halaman sendiri memberi kelebihan kepada JDT untuk mencatat kemenangan. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan ini di Astro Arena Bola 803 atau Sooka!
Jadual Dan Keputusan Perlawanan
FT : JDT (3) - (0) Ulsan HD
- Arif Aiman 8'
- Oscar Arribas 67'
- Bergson 88'
Masa : 8.00 pm
Venue : Stadium Sultan Ibrahim
Tayangan TV : Arena Bola 803
Live Streaming : Sooka