Wallace "Wally" Amos, pengasas jenama biskut terkenal Famous Amos, meninggal dunia diusia 88 tahun.
Menurut laporan CNN, Wally Amos meninggal pada Selasa di rumahnya di Honolulu dan menurut anak-anaknya punca kematian beliau adalah komplikasi akibat demensia.
Wallace Amos dilahirkan di Tallahassee pada 1963 dan dibesarkan oleh ibu saudaranya di Harlem, New York City.
Jika dilihat perjalanan Amos untuk menjadi pakar biskut adalah sesuatu yang sangat menarik. Ianya bermula daripada ibu saudaranya, Della Bryant, yang mengajar Amos cara membuat biskut cip coklat.
Selepas berhenti sekolah menengah, beliau menyertai Tentera Udara iaitu dari 1954 hingga 1957.
Kemudian, Amos melengkapkan Sijil Pendidikan Am (GED) dan memulakan kerjayanya di William Morris Agency di Los Angeles.
Beliau akhirnya mengetuai jabatan rock n roll agensi tersebut dan menandatangani kontrak dengan duo terkenal Simon dan Garfunkel.
Untuk info, kedai pertama Famous Amos yang dibuka di Malaysia adalah di Sungei Wang Plaza dan ketika itu, dirasmikan sendiri oleh pengasasnya, Wally Amos pada 30 November 1984.