Siaran Langsung [LIVE] JDT vs Selangor Final Piala FA 2024/2025

Piala FA Malaysia merupakan salah satu kejohanan bola sepak di negara ini, dengan edisi pertamanya diadakan pada tahun 1990.

Pada tahun 2024, Piala FA Malaysia memasuki edisi ke-34, menyaksikan pertembungan antara dua pasukan terkuat dalam bola sepak tempatan untuk di peringkat akhir.

Final kali mempertemukan Johor Darul Ta'zim vs Selangor. Perlawanan akhir ini bukan sahaja menjanjikan aksi yang menarik tetapi juga pertarungan antara dua sejarah kegemilangan dalam arena bola sepak Malaysia.

Kejuaraan JDT dan Selangor Dalam Piala FA

Selangor adalah antara pasukan paling berjaya dalam sejarah Piala FA Malaysia. Dengan lima kejuaraan dalam genggaman mereka, Selangor berkongsi rekod sebagai pasukan yang paling banyak memenangi kejohanan ini iaitu Kedah. Kejayaan ini adalah bukti kegigihan dan kehebatan Selangor di pentas bola sepak Malaysia.

Sementara itu, JDT, yang merupakan kuasa besar baru dalam bola sepak Malaysia, telah meraih tiga kejuaraan Piala FA setakat ini.

Jika mereka berjaya menundukkan Selangor dalam perlawanan akhir ini, JDT akan mencipta rekod sebagai juara Piala FA untuk kali ketiga berturut-turut, satu pencapaian yang tidak pernah dikecapi oleh mana-mana pasukan sebelum ini.

Pertembungan Head-to-Head JDT vs Selangor

Jika dilihat kepada pertemuan terakhir antara kedua-dua pasukan ini, jelas kelihatan dominasi daripada pasukan Johor Darul Ta'zim.

Dalam lima perlawanan terakhir, termasuk saingan Liga Super, Piala FA, dan Piala Malaysia, JDT telah memenangi kesemuanya.

Rekod ini menunjukkan betapa kuatnya pasukan dari selatan tanah air ini. Namun, Selangor tidak boleh dipandang rendah.

Dalam bola sepak, keputusan perlawanan sentiasa tidak dapat dijangka dan Selangor pasti akan melakukan yang terbaik untuk memecahkan dominasi JDT di peringkat akhir ini.

Siaran Langsung JDT vs Selangor

Perlawanan akhir yang dinanti-nantikan antara JDT vs Selangor akan berlangsung pada hari Sabtu, 24 Ogos 2024, pada jam 9.00 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Para peminat bola sepak boleh menyaksikan aksi ini secara langsung di Astro Arena 801, Astro Arena Bola 803, serta saluran Sukan RTM di Myfreeview 111.

Bagi mereka yang lebih suka menonton melalui platform digital, perlawanan ini juga akan disiarkan secara live streaming di aplikasi Sooka dan RTM Klik.

Dengan pelbagai pilihan untuk menonton, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan detik-detik mendebarkan ini!

Siaran Langsung [LIVE] JDT vs Selangor Final Piala FA 2024/2025

Final Piala FA 2024/2025 antara JDT dan Selangor ini sememangnya perlawanan yang dinantik-nantikan. Jika pada awal musim dalam Piala Sumbangsih, perlawanan tersebut terpaksa dibatalkan. Kini mereka akan beradu tenaga sekali lagi.

Dengan kedua-dua pasukan membawa sejarah dan prestasi yang hebat, perlawanan ini dijangka akan menjadi salah satu final yang paling epik dalam sejarah Piala FA.

Sama ada JDT yang akan meneruskan penguasaan mereka atau Selangor yang akan menambah satu lagi trofi ke dalam kabinet mereka, pastikan anda menyaksikan perlawanan ini untuk mengetahui siapa yang akan dinobatkan sebagai juara.

Jangan lupa untuk menonton perlawanan ini secara langsung dan merasai debarannya!

Post a Comment

Previous Post Next Post