Selagi bernyawa, akan tetap memberikan habis-habisan sehingga saat-saat akhir. Inilah perumpamaan yang mungkin boleh digambarkan melibatkan pasukan negara dalam perlawanan Malaysia vs Chinese Taipei untuk kali ini.
Meskipun misi agak sukar untuk ke pusingan seterusnya, tetapi di atas kertas, peluang itu masih ada. Agak sukar, tapi masih ada peluang. Ini semua bakal terjawab dalam perlawanan ini yang dijadualkan berlangsung pada 11 Jun 2024, hari Selasa bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Satu slot telah diisi oleh pasukan Oman dan kini hanya terdapat satu lagi pasukan yang bakal meneruskan cabaran ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Bukan itu sahaja, yang layak juga secara automatik ke Piala Asia 2027.
Satu slot lagi akan disini sama ada pasukan negara atau Kyrgyzstan yang kini hanya dipisahkan dengan 3 mata sahaja. Malaysia di tangga ketiga dengan 7 mata dan Republik Kyrgyz di tangga kedua dengan 10 mata.
Untuk Malaysia rampas di kedudukan kedua Kumpulan D ini, skuad Harimau Malaya perlu tewaskan Chinese Taipei dan dalam masa yang sama berharap Kygyzstan tumpas kepada Oman yang juga berlangsung pada hari yang sama di Muscat.
Akan tetapi, menang sahaja tidak cukup. Sekiranya Malaysia menang dan Kygyzstan tewas, kini kedua-duanya berkongsi 10 mata, tetapi Kyrgyzstan yang akan ke peringkat seterusnya. Ini kerana perbezaan jaringan gol yang cukup besar.
Secara teorinya, Malaysia perlu tewaskan Chinese Taipei dengan jaringan sekurang-kurangnya 8 gol tanpa bolos. Dalam masa yang sama Kygyzstan pula kalah berdepan Oman sekurang-kurangnya 1-0 sahaja. Kita wajib menang 8 gol dan Kyrgyzstan wajib kalah.
Itu merialisasikan keputusan tersebut, ketua jurulatih Kim Pan Gon telah memanggil Sergio Aguero yang juga penyerang tulen Sri Pahang untuk memperkuatkan jentera serangan. Misi jaringan gol yang besar akan dirialisasikan di Bukit Jalil pada 11 Jun nanti.
Untuk mengalahkan Chinese Taipei mungkin berhasil berdasarkan keputusan terakhir pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini. Bermain di Taipei, Harimau Malaya berjaya menang 1-0. Tetapi untuk menang besar, mungkin perlukan magis pada hari perlawanan.
Siaran Langsung Malaysia vs Chinese Taipei - Live Streaming
Sorakan dan sokongan penyokong sebagai pemain ke-12 juga sangat diperlukan oleh pemain-pemain yang beraksi di atas padang nanti. Jadi datang beramai-ramai ke Bukit Jalil sebagai tanda sokongan kepada pasukan bola sepak kebangsaan.
Tapi bagi yang tidak berkesempatan untuk datang, jangan risau kerana anda masih boleh menonton perlawanan ini di rumah sahaja. Ianya akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena 801 dan Arena Bola 803 beserta platform Sooka.
Selain itu, perlawanan ini turut disiarkan menerusi saluran RTM di TV Okey dan Sukan RTM. Untuk tontonan secara live streaming pula, anda boleh strim di RTM Klik sama ada di laman web atau aplikasi mobile secara percuma.
Pada hari perlawanan juga, turut disediakan tayangan skrin besar. Jadi orang awam boleh datang beramai-ramai di lokasi berhampiran dan memeriahkan suasana. Terdapat 14 lokasi semuanya. Masuk adalah percuma.
Keputusan Perlawanan
Berikut merupakan jadual perlawanan Malaysia vs Chinese Taipei berlangsung pada 11 Jun 2024, hari Selasa bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil. Keputusan perlawanan akan dikemaskini sejurus selepas tamat perlawanan.
FT : Malaysia (3) - (1) Chinese Taipei
- Yu Yao Hsing 20'
- Safawi Rasid 53'
- Paulo Josue 69'
- Adib Ra'op 90+6'
Masa : 9.00 pm
Venue : Stadium Nasional Bukit Jalil
TV : Astro Arena, TV Okey
Live Streaming : RTM Klik