Antara persiapan terpenting untuk Hari Perkahwinan adalah pakaian pengantin itu sendiri. Memastikan ianya cukup sempurna supaya tidak akan dilupakan sehingga ke hari tua.
Baru-baru ini tersebar satu video dimana @ziesenin98 kongsikan hari istimewanya di TikTok, dimana dia dan isterinya melangsungkan perkahwinan di Miri, Sarawak.
Apa yang menjadikan hari istimewanya lebih unik berbanding yang lain adalah penganti lelaki mengenakan cosplay sebagai Ultraman. Ini pastinya sangat jarang atau tidak pernah kita saksikan di mana-mana majlis perkahwinan sebelum ini.
Manakala penganti perempuan atau isterinya cantik memakai gaun penganti berwarna merah secocok dengan penganti lelaki.
Seperti yang dikongsikan, sebenarnya idea untuk mengenakan cosplay pada hari perkahwinan mereka adalah datang daripada pihak lelaki, Zulhafizie bersama isterinya sendiri.
@ziesenin98 Alhamdulillah bersyukur saya jumpa isteri bercahaya yang cerah di langit dan bumi ...sehingga kedua2 pihak keluarga kami supportif minat kami2 sambil membuat majlis besaran luar biasa untuk kami terima kasih dan sayang isteri dan sayang semua sekeluarga ❤️❤️❤️❤️ #ultraman #ultramantaro #majliskawin #sayangkeluarga #sayangisteri #hobbies #collection #fypシ #selamatpengantinbaru #mirisarawak #sarawak ♬ golden hour - JVKE
Minat Terhadap Cosplay
Dalam masa yang sama, dia sebenarnya telah mengenakan banyak watak antaranya Ultraman, Ghost Rider, Camera Man, Kamen Rider dan banyak lagi.
Dia menyatakan bahawa cosplay adalah minatnya dan sentiasa menjadi sebahagian daripada hidupnya. Itulah sebab dia dan isteri menganggap ia adalah idea yang baik untuk digunakan sempena hari perkahwinan mereka.
Selepas tular video tersebut diseluruh platform media sosial, terdapat pelbagai riaksi yang diberi oleh nitizen.
'Ultraman dah kahwin'
Itulah antara komen-komen daripada pengguna internet.
Pasangan ini sudah tentu akan diingati sampai bila-bila apabila berjaya mencipta suatu pengalaman yang unik dan akan dingati oleh semua orang.
Tahniah kepada penganti baru dan semoga kekal hingga ke anak cucu.