Pada 21 Disember 2023 yang lalu, kesemua pelabur telah mengetahui jumlah pengagihan pendapatan atau dividen ASB iaitu sebanyak 5.25 sen yang mana meliputih 4.25 seunit dan bonus 1.00 sen seunit.
Pada tahun ini juga sedikit berbeza dengan tahun 2022 apabila kali ini tiada bonus tambahan. Ini bermakna 5.25 sen tersebut adalah jumlah sebenar dan tiada had untuk setiap unit.
Sekarang kita dah tahu berapa dividen ASB yang kita dapat. Tapi jumlah sebenar masih belum diketahui sehingga pihak ASNB sendiri akan paparkan bagi setiap pemegang akaun ASB.
Adakah pengiraan awal kita betul jika mengikut dividen tersebut? Kalau kita ada 100k, betul ke kita akan dapat RM5,250 dividen? Macam mana 50k, 200k, 300k pula?
Macam mana pula kalau jumlah pelaburan tersebut sebenarnya bukan bermula pada awal Januari. Atau mungkin ada dibuat pengeluaran dan penambahan unit sepanjang tahun 2023.
Jadi untuk ketahui berapa nilai sebenar dividen ASB yang diperoleh. Tidak boleh tidak, kena tunggu sahaja pengiraan yang dibuat oleh pihak ASNB sendiri.
Tapi nak tahunya bila? Bila agaknya tarikh semak dividen ASB 2023 boleh dibuat? Nak semak kat mana? Boleh buat secara online sahaja atau kena pergi ke kaunter ASB?
Tarikh Semak Jumlah Dividen ASB 2023 Yang Diperoleh
Sebelum pengumuman pengagihan pendapatan, pihak ASNB terlebih dahulu telah mengumumkan tarikh penangguhan urus niaga bagi unit amanah Saham Bumiputera (ASB).
Tempoh Penangguhan
- myASNB, Platform Digital, Kaunter ASNB & Ejen (22-25 Disember 2023)
- Transaksi Penukaran (21-31 Disember 2023)
Ini bermakna, dari 21 hingga 31 Disember 2023, anda tidak boleh keluarkan duit daripada ASB (penjualan balik).
Pembukaan Semula: Pelabutan Tambahan
- Semua platform (online dan kaunter) - (26 - 31 Disember 2023)
Dalam tempoh ini, masih tidak boleh semak dividen ASB 2023, tetapi anda boleh buat penambahan pelaburan menggunakan myASNB atau kaunter.
Pembukaan Semula: Semua Transaksi (Dividen ASB)
- myASNB, Platfrom Digital & Kiosk - 1 Januari 2024
- Kaunter ASNB & Ejen - 2 Januari 2023
Untuk yang nak semak dividen ASB 2023, anda boleh buat bermula pada 1 Januari 2024 (Isnin) untuk secara online (myASNB) dan di kaunter ASNB adalah pada esoknya, 2 Januari 2024 (Selasa)