Adakah Anda Layak Untuk Naik Taraf Harga Baru Unifi 2023? Ini Cara Semak

Cara semak kelayakan naik taraf unifi terbaru 2023

Baru-baru ini Unifi ada mengumumkan pelarasan harga bersama kenaikkan kelajuan untuk semua pelanggan baru dan sedia ada. Erti kata lain, harga turun untuk internet jalur lebar.

Sebagai contoh, jika sebelum ini dengan kelajuan 100Mbps anda perlu bayar RM129, tapi dengan skim baru ini, ianya turun kepada RM99 sebulan.

Untuk Unifi 300Mbps dengan harga lama RM149 dan selepas ini, ianya akan turun kepada RM139. Jimat RM10 sebulan. Manakala Unifi 500Mbps dari RM209, turun kepada RM159 sebulan.

Tetapi hanya dua kelajuan sahaja tiada perubahan iaitu 1Gbps dan 2Gbps masing-masing masih berharga RM289 sebulan dan RM319 sebulan.

Dalam pengumuman skim baru ini juga, untuk waktu terhad, TM menawarkan pakej Unifi 100Mbps dengan harga RM89 sahaja daripada harga asal RM99.

Pelarasan harga dan kelajuan ini akan dinikmati oleh pengguna sedia ada dan naik taraf akan diberikan secara percuma.

Jadi selepas ini, semua harga yang disenaraikan ini digunapakai untuk pengguna sedia ada dan pengguna baru yang ingin merasai pengalaman kelajuan Unifi ketika berada di kediaman.

Tapi bagaimana kita ingin tahu, adakah kita sebagai pengguna Unifi sedia ada ini layak untuk menerima naik taraf kelajuan ini nanti?

Cara Semak Jika Anda Layak Untuk Naik Taraf Kelajuan Unifi 2023 Yang Baru

Naik taraf kelajuan internet Unifi 2023 ini diberikan secara percuma untuk pengguna sedia ada Unifi Home dan Unifi Biz tanpa secara caj tambahan.

Dikatakan ianya melibatkan lebih 3 juta pengguna seluruh Malaysia. Proses tersebut akan bermula secara berperingkat dari sekarang hingga Januari 2024.

Cara untu semak kelayakan naik taraf kelajuan Unifi 2023 terbaru :

1.  Pergi ke pautan unifi.com.my/speedupgrade2023

Cara semak kelayakan naik taraf unifi terbaru 2023

2.  Cari Login To Self Care dan klik padanya

3.  Klik Login/Register dan masukkan emel pendaftara unifi beserta password

Cara semak kelayakan naik taraf unifi terbaru 2023

4.  Pilih plan internet anda

5.  Akan dipaparkan maklumat kelayakan anda. (admin layak)

Cara semak kelayakan naik taraf unifi terbaru 2023

6.  Selesai

Jadi sebagai contoh sekiranya anda pengguna Unifi 30Mbps, dengan harga yang sama anda bayar, anda dapat naik taraf kelajuan 100Mbps secara percuma tanpa kontrak.

Untuk info lanjut, boleh pergi ke unifi.com.my

Post a Comment

Previous Post Next Post