Cara Beli Tiket KTM ETS Warga Emas Dengan Diskaun 50 Peratus

Cara Beli Tiket KTM ETS Warga Emas Dengan Diskaun 50 Peratus

Tahukah anda, sebenarnya golongan warga emas boleh dapatkan diskaun 50% untuk pengangkutan KTM seperti tiket ETS bagi setiap perjalanan. Ini bermakna, mereka boleh dapatkan harga tiket yang lebih murah.

Terdapat beberapa jenis pengangkutan KTM iaitu ETS bagi perjalanan Utara/Selatan, KTM Intercity untuk ke Pantai Timur dan KTM Komuter bagi perjalanan di kawasan Lembah Klang. Diskaun hanya untuk pembelian tiket ETS dan KTM Intercitys sahaja

Warga Emas tersenarai dalam golongan konsesi. Selain itu, pesara kerajaan atau OKU juga tersenarai dalam konsesi dan menerima diskaun 50% bagi pengangkutan KTM untuk setiap perjalanan.

{tocify} $title={Table of Contents}

Syarat Dapatkan Diskaun Warga Emas

  1. Mestilah warganegara Malaysia
  2. Berumur 60 tahun dan ke atas

Diskaun ETS Untuk Warga Emas

Terdapat dua jenis potongan diskaun yang disediakan bagi tiket warga emas iaitu:

  1. Diskaun 50% untuk tiket kelas ekonomi
  2. Diskaun 20% untuk kelas perniagaan (business class)

Cara Beli Tiket ETS Diskaun 50% Untuk Warga Emas

Terdapat 2 cara untuk anda beli dan dapatkan diskaun 50% untuk warga emas ini iaitu pendaftaran KITS (KTMB Integrated Ticketing System) melalui kaunter atau boleh dilakukan secara online.

Tapi anda kena ingat, jika anda daftar KITS melalui kaunter, anda hanya boleh dapatkan diskaun di kaunter sahaja dan tidak boleh melalui online. Tetapi jika anda daftar secara online, anda boleh dapatkan diskaun di kaunter dan secara online. Jadi daftar online sahaja lebih baik.

*Kesemua langkah dibawah menggunakan aplikasi KTMB Mobile. Anda boleh download di Play Store atau App Store.

1.  Daftar KITS Melalui Kaunter

Anda hanya perlu datang ke mana-mana kaunter KTM di setiap stesen dan perlu kemukakan MyKad asal. Saliran tidak dibenarkan. Kemudian boleh la dapatkan diskaun 50% bagi setiap pembelian tiket iaitu melalui kaunter sahaja

2.  Daftar KITS Secara Online

Anda tidak boleh daftar warga emas bagi pihak ibu atau bapa anda menggunakan akaun KITS anda. Jadi anda perlu sediakan akaun sendiri untuk ibu bapa anda dan kemudian barulah boleh daftar konsesi Warga Emas.

  1. Boleh daftar menggunakan aplikasi KTMB Mobile atau layari online.ktmb.com.my
  2. Pada halaman hadapan, Klik Register
  3. Masukkan segala butiran yang diperlukan seperti email, nama, no. mykad, dan sebagainya
  4. Anda perlu aktifkan terlebih dahulu akaun KITS anda dengan klik pautan yang dihantar di alamat emel
  5. Selesai

cara daftar warga emas untuk diskaun 50 peratus

2.1  Daftar Konsesi Warga Emas

Langkah seterusnya, untuk membolehkan dapatkan status Warga Emas dan layak diskaun 50% untuk tiket KTM/ETS/KTM Intercity, anda perlu daftar konsesi dengan mengikut langkah dibawah

1.  Login di website online.ktmb.com.my atau menggunakan aplikasi KTMB

2.  Pergi Account > Concession

cara daftar warga emas di ktmb online

3.  Pada bahagian Consession Registration, klik pada Select Consession Type > Senior Citizen/Warga Emas

cara daftar warga emas di ktmb online

4.  Upload gambar MyKad. Jika pesara kerajaan, upload kad pesara atau OKU, upload kad OKU dan sebagainya. Masukkan butiran yang diperlukan. Akhir, klik Submit

cara daftar warga emas di ktmb online

Permohonan mengambil masa 3-5 hari waktu bekerja untuk diluluskan. Jika berjaya, akan dimaklumkan menerusi emel.

Sekiranya sudah berjaya, selepas ini, akaun KITS tersebut boleh dapatkan diskaun 50% bagi setiap perjalanan menggunakan ETS atau KTM Intercity

Cara Beli Tiket Warga Emas Dengan Diskaun 50 Peratus Menggunakan ETS

Sebagai contoh dibawah merupakan cara-cara untuk beli tiket ETS warga emas dan dapatkan potongan diskaun 50% untuk tiket ekonomi dan 20% untuk tiket business class

*Perjalanan adalah dari KL Sentral - Arau, Perlis

1.  Buka aplikasi KTMB Mobile dan login akaun KITS anda

2.  Pilih perjalanan destinasi asal dan destinasi yang ingin pergi beserta tarikh. Klik Search

cara beli tiket diskaun 50 peratus untuk warga emas

3.  Kemudian pilih waktu perjalanan bersama jenis tiket (Platinum/Gold) dan disini akan dipaparkan harga sebenar tiket sebelum diskaun

cara beli tiket diskaun 50 peratus untuk warga emas

4.  Pilih kerusi

cara beli tiket diskaun 50 peratus untuk warga emas

5.  Klik pada 'I am travelling' iaitu untuk nama anda pada bahagian butiran penumpang. Kemudian pada Ticket Type pilih Senior Citizen/Warga Emas dan Make Payment

cara beli tiket diskaun 50 peratus untuk warga emas

6.  Pada akhir sebelum buat bayaran akan diparkan harga diskaun 50% untuk warga emas

cara beli tiket diskaun 50 peratus untuk warga emas

7.  Buat pembayaran seperti biasa hingga selesai.

Harap ianya bermanfaat untuk anda semua terutamanya mereka yang berumur 60 tahun ke atas sebagai golongan warga emas untuk nikmati potongan diskaun daripada pihak KTMB untuk tiket ETS dan KTM Interchange.

Untuk info lanjut, boleh pergi ke www.ktmb.com.my

Post a Comment

Previous Post Next Post