Cara Beli Emas Public Gold Secara Online Dan Daftar Akaun Tahun 2024

Cara Daftar Dan Beli Emas Public Gold Secara Online

Anda berhajat untuk buat simpanan emas, tapi tak tahu nak beli di tempat yang dipercayai dimana, anda boleh beli sahaja di Public Gold. Beli secara online sahaja.

Jika sebelum ini, kalau nak beli emas selain perhiasan seperti dinar atau emas fizikal, kita akan beli melalui orang tengah. Tapi banyak kes, emas tak dapat, duit ditipu.

Kini dengan teknologi yang semakin maju, anda tidak perlu lagi bergantung kepada orang lain sekiranya anda nak beli emas fizikal terutamanya untuk simpanan.

Ini kerana, anda kini boleh beli sendiri dan lebih mudah boleh dilakukan secara online sahaja. Kemudahan ini ada disediakan di Public Gold.

Rasanya semua dah biasa dengar dengan Public Gold atau orang panggil PG je. Kini dikatakan mereka sudah mencecah 1 juta pelanggan. Setiap pengguna mempunyai ID unik tau mengikut nombor giliran.

Ini bermakna sudah ramai yang percaya dengan platform Public Gold terutamanya jika anda ingin buat pembelian emas fizikal termasuklah emas digital.

Pembelian emas ini, paling penting sekali adalah anda beli emas 10g, anda akan dapat emas 10g. Sama seperti di PG, anda beli 20g, anda dapat emas 20g. Tidak lebih dan tidak kurang.

Kesemua emas yang dijual di Public Gold adalah emas tulin 999.9

{tocify} $title={Table of Contents}

Adakah Public Gold Patuh Syariah?

Sebagai muslim, mencari yang halal itu fardu termasuklah dalam urusan jual beli emas. Salah satu menjadi tarikan utama Public Gold adalah mereka mempunyai sijil kepatuhan syariah. Anda boleh lihat disini.

Ianya adalah termasuk bagi urusan jual beli emas fizikal dengan bayaran penuh (Outright Purchase), bayaran berperingkat (Easy Payment Purchase EPP), jualan balik (Buy Back) termasuk juga emas digital bagi belian akaun emas GAP.

Untuk info, Public GOld dipantau oleh panel syariah Amanie Advisors Sdn Bhd.

Cara Daftar Akaun Public Gold

Jadi sekiranya anda ingin mula buat pelaburan dengan menyimpas emas fizikal di Public Gold, perkara utama adalah anda perlu daftar akaun terlebih dahulu. Ianya adalah secara percuma sahaja.

1.  Daftar Akaun Public Gold

Anda boleh daftar akaun Public Gold secara online sahaja dengan klik pautan DISINI.

2.  Masukkan Butiran Peribadi

Kemudian masukkan maklumat anda sehingga lengkap seperti nama, tarikh lahir, nombor telefon, emal beserta cawangan PG yang berhampiran. Jika sudah lengkap, klik 'Proceed'

Cara Daftar Akaun Public Gold

3.  Diberikan Username dan Password

Selepas berjaya daftar, anda akan diberikan Username dan Password menerusi emal yang didaftarkan sebelum ini.

Cara Daftar Akaun Public Gold

Jadi anda boleh mula Login Public Gold di www.publicgold.com.my dengan menggunakan maklumat yang diberikan. Kemudian barulah anda boleh mula jual beli emas di Public Gold secara sah

Cara Beli Emas Public Gold Di Aplikasi

Di Public Gold, tersedia 2 jenis emas iaitu emas digital dan emas fizikal. Emas fizikal akan tersimpan di dalam akaun GAP Public Gold dimana anda boleh beli serendah RM100 sahaja dan bukan mengikut berat.

Manakala emas fizikal dijual bermula daripada 1g hingga 1000g (1kg). Kemudian anda boleh simpan sendiri emas tersebut.

Kedua-dua urusan ini, semuanya boleh dilakukan dengan menggunakan website atau aplikasi Public Gold. Lebih senang menggunakan aplikasi sahaja seperti tutorial dibawah

1)  Beli Emas Digital Di Akaun GAP

1.  Login akaun Public Gold

Anda perlu terlebih dahulu login akaun PG di aplikasi dengan menggunakan username dan password seperti yang telah diberi sebelum ini.

Beli Emas Digital Di Akaun GAP

2.  Topup Emas

Kemudian pada halaman utama, akan tertera jumlah berat (g) yang terdapat dalam akaun GAP anda. Anda nak beli emas, klik sahaja pada 'Top Up'

Beli Emas Digital Di Akaun GAP

3.  Tetapkan Jumlah Dan Cara Pembayaran

Pada halaman ini, pada bahagian atas akan dipaparkan harga semasa yang dijual oleh Public Gold samada dengan harga RM100 atau 1.000gram

Disinilah anda bebas untuk beli emas mengikut berat (gram) atau nilai duit. Jika sudah tetapkan nilai yang anda ingin beli, tetapkan pula cara bayaran. Guna sahaja FPX untuk bayaran terus secara online banking.

Beli Emas Digital Di Akaun GAP

4.  Buat Bayaran Dan Selesai

Jika sudah semuanya, anda klik pada 'Place Order' dan akhirnya buat pembayaran seperti biasa hingga selesai.

Jika sudah berjaya, berat emas digital anda akan dikemaskini dan dipaparkan pada bahagian hadapan di aplikasi Public Gold anda.

2)  Beli Emas Fizikal

Untuk langkah kedua ini pula, anda boleh beli emas fizikal dan simpan sendiri di rumah. Jadi anda boleh pegang emas tersebut dan bukannya disimpan di akaun.

1.  Login Akaun Public Gold

Anda perlu terlebih dahulu login akaun PG di aplikasi dengan menggunakan username dan password seperti yang telah diberi sebelum ini.

Beli Emas Fizikal Public Gold

2.  Dapatkan Harga Emas Semasa

Kemudian pada halaman utama, klik tab 'Shop'. Disini akan dipaparkan harga semasa emas mengikut berat bermula 10 gram, 1 dinar dan sebagainya. Juga untuk emas dan silver. Anda boleh mula beli dengan klik pada butang 'Buy'

Harga tersebut akan berubah dari semasa ke semasa mengikut pasaran. 

Beli Emas Fizikal Public Gold

3.  Beli Emas Yang Anda Mahu

Disinilah akan terpapar semua produk Public Gold mengikut reka bentuk dan berat emas. Ada berat 1 gram, 10 gram, 50 gram hingga 1000 gram atau 1 kg. Selain itu ada juga jual dinar emas

Klik pada mana-mana produk yang anda inginkan dan klik 'Add to Cart'

Beli Emas Fizikal Public Gold

Kemudian pada bahagian troli tersebut klik 'Checkout' untuk terus buat bayaran sehingga selesai. Boleh bayar guna online banking sahaja lebih muda.

Beli Emas Fizikal Public Gold

4. Tunggu Sahaja Penghantaran

Inilah kelebihan Public Gold. Walaupun dikawasan anda tiada cawangan, emas tersebut boleh terus dihantar ke rumah anda dengan selamat. Ianya hanya ambil masa 5-7 hari waktu bekerja sahaja.

Beli Emas Fizikal Public Gold

Beli Emas Di Public Gold Lebih Mudah

Mudah sahaja kan. Platform yang mudah digunakan dan selamat untuk pembelian serta patuh syariah. Jadi anda boleh mula daftar dan beli emas di Public Gold.

Jika anda ingin jual selepas ini, anda boleh sahaja menggunakan platform yang sama iaitu laman web atau aplikasi Public Gold.

Semoga bermanfaat untuk anda yang baru ingin mula menyimpan emas bagi menggantikan nilai ringgit yang akan ditelah inflasi. Emas setiap tahun akan naik, duit kita belum tentu.

Nanti kalau emas dah naik, boleh la jual. Kalau emas tengah murah, boleh mula kumpul dan beli lagi di Public Gold.

Post a Comment

Previous Post Next Post