Seperti yang baru diumumkan, kredit e-Tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan kebawah akan diberi pada suku keempat tahun ini.
Pengumuman ini telah dibuat oleh Kementerian Kewangan bagi mengesahkan tempoh pemberian seperti yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.
Bantuan eTunai kali ini lebih mengfokuskan kepada warga Malaysia berumur 21 tahun ke atas daripada golongan B40 dan M40 yang berpendapatan RM100,000 dan kebawah .
Dalam pengumuman sebelum ini, katanya inisiatif akan dimanfaatkan lebih 10 juta rakyat dengan peruntukan sekitar RM1 bilion.
Sebelum ini, kerajaan telah mengumumkan bantuan eTunai kepada golongan belia dan mahasiswa sebanyak RM200 menerusi e-Tunai Belia Rahmah.
Kini untuk golongan dewasa pula, mereka akan menerima bantuan dalam bentun eTunai menerusi eWallet yang akan diumumkan kelak.
Setakat ini, tiada lagi pengumuman terperinci yang dibuat daripada pihak kerajaan tentang pelaksanaan serta penyedia perkhidmatan eDompat mana yang terlibat.
Jika menerusi eTunai Belia Rahmah, penerima boleh menggunakan sama eWallet Boost, Setel atau Touch 'n Go eWallet. Mungkin selepas ini, boleh juga guna ShopeePay, GrabPay, BigPay dan sebagainya.
Dengan bantuan ini, rakyat dapa memanfaatkan belian barangan secara online dengan lebih mudah dan cepat tanpa menggunakan wani tunai.
Ini selari dengan era ekonomi digital menggunakan pembayaran tanpa wang (cashless) dan program ini juga sekali gus dapat mempromosikan pembayaran tanpa sentuh.
Jadi jika mengikut pengumuman yang dibuat, pelaksanaan akan dibuat pada pada suku keempat tahun ini iaitu bermula pada Oktober hingga Disember 2023.