Lirik Lagu Ayuh Nyanyian Malique, Kmy Kmo, Aman RA dan Ernie Zakri (OST Polis Evo 3)

Lirik Lagu Ayuh Nyanyian Malique, Kmy Kmo, Aman RA dan Ernie Zakri (OST Polis Evo 3)

Lagu Ayuh nyanyian Malique, Kmy Kmo, Aman RA dan Ernie Zakri merupakan lagu terbaru yang diterbitkan sebagai OST filem aksi Polis Evo 3 yang mula ditayangkan pada 25 Mei 2023 di pawagam seluruh Malaysia.

Lagu ini merupakan kolaborasi daripada 3 penyanyi rap yang sudah tidak asing lagi dan ditambah dengan seorang penyanyia yang terkenal dengan kehebatan lontaran suaranya iaitu Ernie Zakri.

Lagu Ayuh kini sudah boleh didengari secara rasmi di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, Youtube Premium, Joox dan sebagainya iaitu bermula 14 April 2023 yang lalu. Kini turut dilancarkan muzik video rasmi menerusi laman youtube Rocketfuel Network.

Lagu : Ayuh
Penyanyi : Malique, Kmy Kmo, Aman RA & Ernie Zakri
Komposer : Malique & Tripdisz
Penulis Lirik : Kmy Kmo, Aman RA & Malique

Lirik Lagu Ayuh - Maliqu, Kmy Kmo, Aman RA & Ernie Zakri

Verse 1 (Kmy Kmo)

Bagi masa tujuh ribu malam aku meditasi

Makan jiwa rasa ketujuh-tujuh Langit juga Bumi

Ramai borak-borak lampu, rohaninya trauma misi

Ramai kejar bayang ampu sedangkan ada setiap sisi

Jejak, dikaji kecoh udara heboh tergopoh-gapah

Sorok yang selok-belok diseluk si kaki papah

Terbelok kau bengkang-bengkok yang molek esok-esok

Bersongkok solek elok kekok lokek kacuk becok, ya yah

Peluruku terbang, landai bukannya tinggi-tinggi

Lengang kuserang, tahu-tahu sakit gigi-gigi

Cuaca terang, pandainya bukan sipi-sipi

Gelarku belang, selera sekawan biri-biri

Balaclavanya hitam, badannya lapis kalis

Aneka logam hitam, tiada yang mampu kalis

Bruno, Steyr, Nato, woah

Marco, Polo, Tango, go 


Chorus

Sila was-was nama yang diseru,

Nanti das-das datang ubat rindu,

Halilintar, malam biru, 

Silakan kalau benar benar jaguh, ayuh 2x

Kalau benar benar jaguh, ayuh

Tiada negosiasi,

Masa untuk aksi,

Nyawa dipertaruh, ayuh 


Verse 2 (Aman RA)

Komandan ketemukan komandan

Usik pucuk kanan, pucuk kiri berkumandang

Berdendang-dendang Ninabobok RPG-7

Musuh dalam selimut boleh tidur

Rimau mati tinggalkan taring, tinggalkan taring

Gajah mati tinggalkan gading, tinggalkan gading

Akta 574 Fasal 440

Dendam sokong membawa rebah terlopong

Hujan darah bila kepala anginku bersiru

Rasakan amarah bergelora dalam diriku

Perang bermalaikat, sabung berjuara

Di mudik sebulankan, di hilir semuara

Balaclavanya hitam, badannya lapis kalis

Aneka logam hitam, tiada yang mampu kalis

Bruno, Steyr, Nato, woah

Marco, Polo, Tango, go 


Ernie (bridge rap)

1 2 3 musuh berlari yang mana mahu diratah sibelang, 

kemana sekali pun kan ku cari tak kira gelita atau benderang,

Mana kepala pendekar, gempita biar aku dampar,

Sila pilih antara dua, neraka ataupun sangkar, 


Chorus

Ayuh! 2x

Kalau benar benar jaguh, Ayuh!

Tiada negosiasi, masa untuk aksi, 

nyawa dipertaruh, Ayuh! 


Verse 3 (Malique) 

Bangkit dari bara lalu dihembusnya nyawa

Saktinya dan aksinya, rencananya bencana

Daktina ke paksina, negara dalam senggara 

Maka pesta, kerja, raya, lena, senggama  tergendala gara

gugat-ganggu hantu dari dasawarsa lalu 

Katanya tagih darah sahih, justifikasi ragu 

Emosi rapuhnya dipagar fasad jago sado

Dendam lama dicandu dibakar ego dan bravado, bravo

Dia Kitol al-Iskariot, dari hero ke sicario

Dari bari dia kembali cari ahli biro di kota dan barrio 

Jari-jarinya menari-nari, cari, tabur, lari-lari Mario

Dari api dia menjadi-jadi, satu di dahi dia kembali O

Balaclavaku hitam, badanku lapis kalis

Aneka logam hitam, siapa yang mampu kalis

Bruno, Steyr, Nato, woah

Marco, Polo, Rambo, go 


Chorus

Sila was was nama yang di seru,

Nanti das das datang ubat rindu,

Halilintar malam biru,

Silakan kalau benar benar jaguh, Ayuh!2x

Kalau benar benar jaguh, Ayuh!

Tiada negosiasi, masa untuk aksi, 

nyawa dipertaruh, Ayuh! Evo.

Post a Comment

Previous Post Next Post