Cara Refund Makanan Di ShopeeFood

Cara Refund Makanan Yang Dibeli Di ShopeeFood

Mungkin ada pesanan yang diterima menggunakan ShopeeFood ada masalah dan disebabkan itu anda ingin mohon Refund daripada Shopee untuk tuntutan.

Itulah antara kekurangan jika kita buat pesanan makanan secara online dan ditambah pula dihantar oleh rakan pengantar seperti ShopeeFood ini. Kadang kala ada pesanan yang tidak lengkap, menerima pesanan yang salah dan sebagainya.

Untuk solusi, tidak boleh tidak sebagai pengguna anda boleh mohon pulangan semula duit atau refund jika ianya memang salah vendor atau pihak penyedia sendiri. Sepatutnya kita dapat apa yang kita bayar.

Jika di ShopeeFood, anda boleh buat permohonan Refund dengan 5 sebab sahaja iaitu :

  1. Hilang/Makanan Tak Cukup
  2. Menerima Pesanan Yang Salah
  3. Tiada Makanan Yang Dipesan Yang Sampai
  4. Menerima Makanan Dalam Keadaan Bungusan Rosak
  5. Makanan Tidak Boleh Dimakan

Itu adalah antara sebab atau reason yang anda boleh buat tuntutan refund. Sekiranya makanan anda tak sedap, masalah portion, tukar fikiran dan sebagainya, permohoanan refund anda mungkin tidak dilayan. Info lanjut, boleh rujuk FAQ ShopeeFood.

Jadi jika berlaku mana-mana daripada 5 sebab seperti diatas ketika menggunakan ShopeeFood, anda boleh buat permohoanan Refund dengan cara yang ditunjukkan dibawah.

Cara Mohon Refund Makanan Yang Dibeli Daripada ShopeeFood

Untuk semua jenis refund anda boleh gunakan cara dibawah. Tapi sekiranya berkaitan dengan Dominos Pizza, anda boleh rujuk cara disini. Sedikit berlainan.

Rujuk langkah-langkah dibawah untuk lakukan permohonan refund:

1.  Pergi pada halaman My Orders

Cara Refund Makanan Yang Dibeli Di ShopeeFood

2.  Klik pada tab Refund dan pilih order yang ingin anda buat permohonan Refund

Cara Refund Makanan Yang Dibeli Di ShopeeFood

3.  Kemudian pilih item yang ingin anda mohon refund bersama kuantiti. Klik Next

Cara Refund Makanan Yang Dibeli Di ShopeeFood

4.  Masukkan segala butiran yang diperlukan pada halaman tersebut seperti:

  1. Sebab Refund
  2. Upload gambar makanan atau minuman yang bermasalah tersebut
  3. Letakkan sebab tambahan jika anda
  4. Terangkan secara ringkat tentang permasalahan anda

Cara Refund Makanan Yang Dibeli Di ShopeeFood

5.  Anda boleh semak jumlah yang diperoleh jika anda buat tuntutan refund pada bahagian Amount Disputed.

Cara Refund Makanan Yang Dibeli Di ShopeeFood

6.  Pastikan semua butiran tepat dan sekiranya sudah, klik Submit.

7.  Anda boleh semak status permohoanan Refund anda pada halaman My Order Page > Select Refund

Cara Refund Makanan Yang Dibeli Di ShopeeFood

Jika berjaya, duit refund tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun ShopeePay anda.

Selain itu, anda kena tahu permohonan Refund hanya boleh dibuat sekali bagi setiap order. Bukan itu sahaja, refund juga hanya boleh dibuat dalam tempoh 24 jam selepas pesanan dibuat. Selepas waktu tersebut, dah tak boleh untuk Refund.

Post a Comment

Previous Post Next Post