Cara Langgan Twitter Blue Untuk Dapatkan 'Lencana Biru'

Cara Langgan Twitter Blue Untuk Dapatkan 'Lencana Biru'

Kalau dulu nak dapatkan status verified di twitter dengan 'Lencana Biru' sangat susah dan hanya orang yang dikenali sahaja layak. Tetapi kini tidak lagi apabila diperkenalkan langganan Twitter Blue yang mana ianya terbuka kepada semua pengguna.

Ya, anda kini boleh dapatkan 'blue checkmark' disebelah username anda tersebut dengan mudah sahaja iaitu menerusi pakej Twitter Blue. Tetapi kali ini lebih menarik kerana ianya turut ditawarkan dengan pelbagai ciri menarik berbanding pengguna biasa.

Kelebihan Twitter Blue

Jadi antara keistimewaan yang anda dapat jika anda membuat langganan Twitter Blue adalah seperti berikut :

  • Boleh 'edit tweet' sehingga 5 kali dalam masa 30 minit.
  • Diberi akses tweet yang lebih panjang daripada biasa (280 patah perkataan) sehingga 10,000 aksara
  • Diberi keutamaan dalam perbualan dan carian
  • Kurang iklan yang dipaparkan berbanding pengguna biasa
  • Boleh edit text untuk bold atau italic
  • Upload video dengan durasi yang lebih panjang dalam format sehingga 1080p
  • Disediakan folder bookmark

Ini antara ciri-ciri yang anda dapat jika anda melanggan Twitter Blue iaitu sama ada secara bulanan atau tahunana. Ianya tidak akan dapat jika anda pengguna biasa.

Harga Langganan Twitter Blue

Terdapat dua pakej langganan yang ditawarkan untuk Twitter Blue sekali gus untuk mendapatkan 'blue checkmark' iaitu secara bulanan dan tahunan.

  • Harga bulanan : RM35.00 sebulan (RM420 setahun)
  • Harga tahunana : RM369 setahun (RM30.75 sebulan)

Anda akan dapat jimat 12% jika anda melanggan pakej tahunan berbanding pakej bulanan.

Cara Langgan Twitter Blue

Setakat ini di Malaysia, anda hanya boleh melanggan Twitter Blue menerusi website rasmi Twitter sahaja iaitu di https://twitter.com/. Tiada lagi akses langganan untuk aplikasi. Jadi nak langgan, kena buka website.

  1. Buka twitter dan login akaun anda seperti biasa
  2. Kemudian pada bahagian kiri, klik pada butang 'Twitter Blue'
  3. Pilih pakej langganan sama ada tahunan atau bulanan dan klik pada butang 'Subscribe & Pay'
  4. Akhir sekali lagi, masukkan butiran pembayaran dan jika sudah selesai, klik Subscribe
  5. Selesai

Buat masa ini, hanya pilihan bayaran menggunakan kad debit atau kad kredit sahaja. Tiada bayaran secara online banking. Anda boleh juga gunakan BigPay untuk lebih selamat.

Selepas siap buat pembayaran, pihak Twitter akan mengambil masa 3-5 hari untuk proses verifikasi sebelum memberikan 'blue checkmark' kepada anda. Walaupun begitu, sepanjang tempoh menunggu, anda sudah pun boleh menggunakan ciri-ciri baru Twitter Blue tersebut

Baca terus untuk dapatkan arahan terperinci dengan gambar bagi setiap langkah

1.  Login terlebih dahulu seperti biasa akaun twitter yang anda ingin langgan Twitter Blue. Kemudian, pada bahagian kiri, klik Twitter Blue

Cara Langgan Twitter Blue Untuk Dapatkan Blue Checkmark

2.  Akan dipaparkan dua pakej langganan iaitu secara tahunan dan bulanan. Pilih mengikut kesesuai dan bajet anda. Keistimewaan semua sama.

Cara Langgan Twitter Blue Untuk Dapatkan Blue Checkmark

3.  Kemudian akan dibawa kepada bahagian payment. Masukkan butiran kad debit atau kad kredit anda. Jika sudah, klik pada butang Subsribe. Jangan risau, tiada caj tersembunyi. Itu sahaja harga yang perlu bayar.

Cara Langgan Twitter Blue Untuk Dapatkan Lencana Biru

4.  Jika sudah selesai buat pembayaran. Anda akan akan dimaklumkan proses verifikasi akan bermula. Dalam masa yang sama, anda akan terima resit pembayaran di emel Twitter anda.

Cara Langgan Twitter Blue Untuk Dapatkan Lencana Biru

5.  Selesai

Tips Sebelum Melanggan Twitter Blue

Jadi sekadar nasihat dan tips untuk anda yang ingin melanggan Twitter Blue. Pastikan nombor telefon anda sudah disambungkan dengan akaun twitter anda tersebut bagi memudahkan proses verifikasi.

Selain itu, terlebih dahulu edit nama yang anda ingin gunakan sepanjang tempoh langganan. Jika anda sudah dapat 'lencana biru' tersebut dan ingin membuat perubahan kepada nama, lencana tersebut akan hilang dan akan melalui proses verifikasi sekali lagi dalam tempoh 3-5 hari.

Post a Comment

Previous Post Next Post