Ayam Gepuk Top Global : Review, Menu, Harga dan Lokasi Cawangan

Ayam Gepuk Top Global : Review, Harga dan Lokasi Cawangan

Nampaknya hari demi hari sudah ramai yang mencubanya sendiri antara ayam gepuk sedang meningkat naik iaitu Ayam Gepuk Top Global dan kini sudah banyak cawangan sudah dibuka bagi menarik lebih ramai untuk mencubanya.

Ayam Gepuk pada asalnya adalah daripada negara seberang, Indonesia. Kini sudah banyak yang dibuka di Malaysia. Pelbagai cawangan dengan pelbagai nama yang digunakan dan antaranya adalah Ayam Gepuk Top Global.

Untuk yang tak pernah cuba dan masih baru untuk menu ini. Anda boleh cuba sekarang dan dapatkan info untuk 'The Real Taste of Ayam Gepuk' iaitu Ayam Gepuk Top Global tentang lokasi cawangan, harga yang ditawarkan dengan pelbagai review daripada mereka yang telah mencuba.

Ayam Gepuk Top Global Malaysia

Lokasi Cawangan Ayam Gepuk Top Global

Kesemua cawangan dibuka bermula daripada 10.00 pagi hingga 9.30 malam dan dibuka setiap hari. Setakat ini, sebanyak 14 cawangan Ayam Gepuk Top Global yang sudah dibuka di seluruh Malaysia iaitu :

Kuala Lumpur

KLTS
25-G, Plaza KLTS, Block B, Jalan Gombak, 53000 Federal Territory of Kuala Lumpur

Selangor

Kajang
No. 6, Jalan Metro Avenue 2, Metro Avenue, 43000 Kajang, Selangor

Bukit Jelutong
19-G, Ground Floor, Jalan Bazar U8/9, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor

Puncak Alam
No 3-G Jalan ECO Grander 1/9, ECO Grander, Bandar Puncak Alam, 42300 Badnar Puncak Alam, Selangor

Kota Warisan
No. 43, Jalan Warisan Sentral 1, kota Warisan, 43900 Sepang, Selangor


Bangi
12, Jalan 7/1c, Seksyen 7 Bandar Baru Bangi, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

Kg. Melayu Subang
Unit A1, Lot 92133 Subang Ehsan U5, 40150 Shah Alam, Selangor

Setiap Alam
No 72-G, Jalan Eco Ardence U12/36C, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor

Bandar Sri Putra
No. 29-G, 29, 1, 29-2, Jalan Seri Putra 1/10, Bandar Seri Putra, 43000 Kajang, Selangor

Strand Mall, Damansara
Lot G13 & G15, Encorp Strand, Pusat Perdagangan Kota Damansara, Jalan PJU 5/22, PJU 5 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor

Seksyen 13, Shah Alam
G-15, Metia Residence, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor

Seksyen 7, Shah Alam
24-G, Jalan Plumbum N 7/N, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Negeri Sembilan

Seremban
181-182, Jalan Pustat Komersial Saujana 3, 70300 Siliau, Negeri Sembilan

Nilai
Pt 7255, Jalan BBN 1/2A, Pusat Bandar Putra Point, 71800 Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan

Rasah Jaya
Wisma Mohd Zaki, 3684, Jalan Rasah JUtama 2, Taman Rasah Jaya, 70300 Seremban, Negeri Sembilan

Senarai Menu Dan HargaAyam Gepuk Top Global Terbaru 2024

Mereka hanya mengfokuskan menu ayam gepuk sahaja tetapi ada beberapa menu tambahan seperti ikan talapia, ikan keli dan bakso. Juga terdapat beberapa set yang disediakan untuk pilihan pelanggan yang datang.

Selain itu, anda boleh tetapkan sendiri level pedas sambal ketika buat pembelian iaitu Biasa (Sambal + kacang), Pedas (Sambal) dan Extra Pedas (Sambal)

  • Set A - Nasi, Ayam, Timun Kubis = RM9.90
  • Set B - Nasi, Ayam, Kubis, Tauhu, Tempe = RM10.90
  • Set C - Nasi, Ayam, Kubis, Tauhu, Tempe, Timun = RM11.90
  • Set D - Nasi, Ayam, Kubis, Tauhu, Tempe, Timun, Pedal, Kubis Goreng = RM12.90
  • Set Talapia - Nasi, Talapia, Timun, Kubis = RM12.90
  • Set Keli - Nasi, Keli, Timun, Kubis = RM8.90
  • Bakso (Biasa) - RM9.50
  • Bakso (Special) - RM11.50

Untuk set kombo bersama air, anda hanya perlu tambah RM1.60 sahaja (Teh O Ais/Sirap Ais). Bukan itu sahaja, jika anda dine-in anda boleh refill nasi dan refill sambal secara PERCUMA (tanpa had).

Selain dine-in dan take-away, anda juga boleh dapatkan secara delivery menerusi Foodpanda, GrabFood dan ShopeeFood. Yang jauh pun boleh order dan rasa sendiri.

Harga dan menu Ayam Gepuk Top Global Malaysia

Review Makanan Ayam Gepuk Top Global

Sudah ramai yang cuba Ayam Gepuk Top Global dan telah memberikan pelbagai riaksi dan review yang dikongsikan di media sosial. Berdasarkan review dengan pengalaman sendiri seperti dibawah

Alhamdulillah pernah cuba sekali Ayam Gepuk Top Global di cawangan Kota Warisan setelah dicadangkan oleh kawan-kawan yang mengatakan ianya sedap.

Paling penting untuk menu ayam gepuk ini adalah pada sambal yang ditawarkan. Sama juga seperti jenama lain juga iaitu menyediakan pilihan biasa, pedas dan extra pedas. Kali pertama cuba Pedas sahaja.

Untuk rasa dan keenakan rasa pedas adalah lebih baik daripada jenama ayam gepuk lain. Ianya seperti mengenakan cili masak sempurna. Pedas dengan level yang masih boleh diterima. Kebetulan dapat ayam masih panas dan bertambah sedap.

Overall Ayam Gepuk Top Global membuatkan kami kenyang dan puas hati. Walaupun boleh tambah nasi, sebab dah kenyang, tak berbuat demikian. Hanya tambah sambal sahaja sikit. Berbaloi untuk datang semula.

Rating = 8/10 untuk Ayam Gepuk Top Global

Post a Comment

Previous Post Next Post