Sekarang dunia AI sedang bergerak pantas. Pelbagai perkara yang sebelum ini biasanya dilakukan oleh manusia, kini komputer juga mampu untuk menghasilkan perkara yang sama atau lebih baik dengan teknologi tersebut.
Sekarang kita dah selalu dengar tentang AI atau nama penuhnya 'Artificial Intelligence' yang mana ianya satu teknologi satu cabang sains dalam menjadikan sesuatu benda mempunyai kepintaran seperti manusia. Juga dikenali dalam bahasa 'Kecerdasan Buatan'.
Dalam bahasa mudah faham, komputer juga kini mampu untuk menghasilkan sendiri sesuatu perkara sama seperti apa yang manusia mampu buat sebelum ini iaitu menerusi 'machine learning'. Mereka belajar sendiri, untuk hasilkan perkara tersebut.
Sebagai contoh, kalau dulu manusia mampu melukis watak sebenar adaptasi daripada karton mengikut imaginasi pelukis tersebut. Kini komputer juga mampu menghasilkan watak tersebut mengikut apa yang mereka 'belajar sendiri'.
Sebagai contoh adalah daripada watak DORAEMON seperti gambar dibawah. Sekarang pula dah viral gambar-gambar tersebut.
Rasanya ramai ketahui watak Doraemon tersebut hanya wujud dalam dunia karton sahaja. Ianya dihasilkan daripada imaginasi pelukis iaitu Fujiko A. Fujio sejak tahun 1970 lagi.
Watak karton pastinya memang tidak wujud dalam dunia sebenar. Tetapi menerusi teknolog AI ini, ianya mampu menghasilkan watak sebenar berdasarkan lukisan tersebut.
Ianya ditunjukkan oleh seorang pengguna instagram @magnumx apabila berjaya menghasilkan setiap karakter Doraemon kepada sekan manusia sebenar tersebut menggunakan teknolog AI iaitu menerusi watak Doraemon, Nobita, Sizuka, Giant dan Suneo.
Jadi bagaimana agaknya apabila watak-watak Doraemon di AI kan? Boleh tengok hasilnya tersebut dibawah.