Sebagai sebahagian daripada Pengalaman Astro Baharu, kami teruja mengalu-alukan ZEE5 dan Viu di Ultra dan Ulti Box untuk membawa lebih banyak hiburan global ke rumah dan peranti, meningkatkan jumlah keseluruhan aplikasi penstriman premium kami yang sedia ada di platform kami untuk yang kesepuluh. Mulai hari ini, para pelanggan Astro akan dapat mengakses kedua-dua aplikasi pada skrin TV mereka melalui Ultra dan Ulti Box atau peranti mudah alih untuk pengalaman on-the-go.
ZEE5 ialah platform kandungan Asia Selatan terbesar yang menawarkan pelbagai kandungan Bollywood dan Kollywood termasuk kandungan asli, filem, rancangan TV paling digemari daripada saluran Zee Network, siri pendek dan drama terkenal merentasi 18 bahasa (12 India dan 6 Antarabangsa) termasuk Hindi, Tamil, Bengali, Punjabi dan lain-lain, menjadikannya destinasi sempurna untuk peminat tegar hiburan India dan Asia Selatan.
Untuk kandungan eksklusif dan pengalaman bebas iklan, para pelanggan Astro boleh menambah langganan ZEE5 premium dengan hanya RM10.60/sebulan (RRP RM14.90) untuk strim semua rancangan kegemaran mereka seperti drama Tamil arahan pengarah filem popular R. Kannan, The Great Indian Kitchen; komedi romantik, Middle Class Love; rancangan komedi, Kanjoos Makhichoos, turut menjadi filem terakhir pelawak Raju Srivastav serta United Kacche yang dibintangi oleh Sunil Grover, Sapna Pabbi dan Nikhil Vijay.
Terkini, barisan aplikasi penstriman premium Astro termasuk BBC Player, beIN SPORTS CONNECT, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, Netflix, TVBAnywhere+, Viu, ZEE5 dan aplikasi Astro GO yang percuma kepada semua pelanggan.
Dengan penambahan Viu pada Ulti Box, semua pelanggan Ulti Box boleh mula strim Viu Premium secara PERCUMA sehingga 8 Jun 2023 di Box mereka, www.viu.com atau aplikasi mudah alih Viu dan menikmati rancangan seperti Nenek Bongkok Tiga, Taxi Driver 2, The Secret Romantic Guesthouse dan Royal Doctor. Para pelanggan boleh membuka aplikasi Viu di Halaman Utama Box mereka dan strim semua rancangan kegemarannya.
Untuk mengakses aplikasi ZEE5 pada Ultra/Ulti Box, tekan 'Home' pada alat kawalan jauh Astro dan pilih aplikasi tersebut di bawah pautan 'Apps'. Ikuti langkah pada skrin untuk menyambungkan akaun pada Box anda, dengan mengimbas kod QR dan log masuk ke akaun ZEE5. Setelah selesai, anda akan mempunyai akses kepada beribu-ribu kandungan di hujung jari anda!
Sama ada pada skrin TV melalui Ultra/Ulti Box atau dengan aplikasi mudah alih ZEE5 yang tersedia pada peranti Android atau IOS, anda boleh melanggan ZEE5 hari ini untuk penjimatan lebih baik dengan melayari www.astro.com.my/ZEE5.