Ramadan 2024 kini telah tiba. Umat Islam seluruh dunia terutamanya di Malaysia perlu bergembira dengan kedatangan bulan suci ini. Rasakan Ramadan kali ini seperti yang terakhir kerana belum tentu kita berjumpa dengannya pada tahun hadapan.
Ingatlah Ramadan merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Umat Islam seharusnya bersamangat menunggu ketibaanya. Menyambut Ramadan 2024 dapat dilakukan dengan pelbagai cara yang mana selain daripada berlumba-lumba untuk merebut pahala boleh juga memberikan ucapan Selamat Ramadan kepada semua orang.
Dengan memberikan ucapan Salam Ramadan atau Selamat Berpuasa ini pastinya dapat menjadi motivasi kepada diri sendiri mahupun orang lain. Berikan ucapan yang sederhana tapi penuh makna yang pastinya akan memberikan semangat kepada semua muslim bagi menjalankan amal ibadah di bulan Ramadan.
Selain daripada memberi motivasi dan semangat dengan ucapan Salam Ramadan ini, ianya juga boleh menjadi doa untuk diri dan mereka yang kita doakan. Dengan doa agar amal ibadah sepanjang bulan Ramadan untuk diberikan kemudahan semuanya sudah pasti mendapat pahala daripada Allah SWT.
Waktu Dan Tarikh Awal Ramadan Di Malaysia
Seperti yang termaktub dalam kalendar hijrah, umat Islam terutamanya di Malaysia akan bermula puasa pada 12 Mac 2024 (Selasa) iaitu awal Ramadan pada 1 Ramadan 1445H. Juga telah diumumkan secara rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sebelum ini.
Dengan kedatangan bulan Ramadan ini pastinya akan mengubati kerinduan terutamanya untuk orang-orang mukmin untuk mencari ganjaran berlipat ganda dengan amal ibadah yang tiada di bulan-bulan lain sekali gus mencari keredhaaNya.
Senarai Koleksi Ucapan Salam Ramadan Dan Selamat Berpuasa Tahun 2024
Berikut merupakan antara ucapan Ramadan dan Selamat Berpuasa dari pelbagai sumber yang boleh anda gunakan untuk kongsi kepada rakan dan keluarga secara langsung atau tidak langsung menerusi media sosial terutamanya.
Semoga ucapan-ucapan ini memberi perkara positif untuk kaum muslimin yang berpuasa atau melakukan ibadah lain sepanjang bulan Ramadan.
Ucapan Ramadan 1
Marhaban Ya Ramadan 1445H
"Ya Allah, sejahterakanlah aku untuk Ramadan, dan sejahterakanlah Ramadan untukku, dan terimalah daripadaku segala amalan di sepanjang Ramadan ini"
Ucapan Ramadan 2
Salam Ramadan 1445H
"Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah SWT, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu" - Riwayat Al-Bukhari
Ucapan Ramadan 3
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak
Bersyukur kepada Allah kerana dipertemukan lagi bulan penuh rahmat, berkat dan keampunan. Saya memohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kekhilafan antara kita. Semoga Allah mempermudahkan ibadah puasa kita tahun ini. Insya Allah.
Ucapan Ramadan 4
Selamat Menundaikan Ibadah Puasa Ramadan
Semoga ibadah & amal soleh kita diterima oleh Allah SWT
Ucapan Ramadan 5
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 2024
"Selamat menyambut bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah, keampunan, rahmat dan kebebasan daripada api negara. Semoga kita dapat memperbanyakkan doa dan amal soleh. Aaminn"
Ucapan Ramadan 6
Ramadan Mubarak
Selamat menyambut bulan Ramadan buat seluruh umat Islam terutamanya di Malaysia
Ucapan Ramadan 7
Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak
"Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dalam keadaan beriman dan ikhlas (kepada Allah), diampunkan dosanya yang terdahulu" - Riwayat Al-Bukhari & Muslim
Ucapan Ramadan 8
Marhaban yan Ramadan, Selamat Menunaikan Ibadah puasa bagi tahun 2024/1445H
Semoga amal ibadah kita diterima olehNya. Selamat menyambut Ramadan Al-Mubarak.
Ucapan Ramadan 9
Tiada kata seindah zikir, tiada bulan seindah Ramadan. Izinkan kedua tangan bersimpuh maaf untuk lisan yang tak terjaga, janji yang terabaikan, hati yang selalu berprasangka dan sikap yang pernah menyakitkan. Maaf Zahir Batin
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.
Ucapan Ramadan 10
Sempena Bulan Ramada yang bakal tiba. Saya mohon kemaafan zahir dan batin. Semoga kedatangan bulan mulia ini akan membawa keberkatan kepada kita semua.
Ucapan Ramadan 11
Marhaban ya Ramada 1445H/2024M
Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga diterima segala ibadah kita, serta dikurniakan rahmat dan keampunan oleh Allah SWT
Ucapan Ramadan 12
Ramadan is the best time of the year as it brings you closer to Allah.
Ramadan Mubarak
Ucapan Ramadan 13
Marhaban Ya Ramadhan 1445H
"Wish you have a blissful Ramadan 2024. May the Rahmat of Almighty Allah shine upon you and your family always"
Ucapan Ramadan 14
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadan
Saya menzahirkan ucapan Salam Ramadan al-Mubarak dan selamat mengerjakan ibadah puasa buat sekalian umat Islam di serata dunia.
Ucapan Ramadan 15
May the spirit of Ramadan fill our homes and our hearts with joy, peace and happiness
Ucapan Ramadan 16
Sending love to you and your family this Ramadan. May all your prayers be answered and your fasting go smoothly
Ucapan Ramadan 17
Sending your family love and light during the holy time of Ramadan. We hope Allag grants you abundance, prosperity and strenght throughout the fast.
Senarai Koleksi Pantun Ramadan Dan Selamat Berpuasa Tahun 2024
Berikut merupakan antara pantua Ramadan yang anda boleh gunakan sebagai ganti ucapan yang boleh dikongsikan kepada orang ramai.
Pantun Ramadan 1
Bulan bercahaya terang angkasa,
Menerang alam segenap dermaga,
12 haribulan mula berpuasa,
Begitu telah ku duga.
Pantun Ramadan 2
Konsep madani ilham perdana,
Dianut rakyat berbilang bangsa,
Sebulat suara kita sekata,
Bulan ramadan disambut bersama.
Pantun Ramadan 3
Solat terawih di bulan Ramadan,
Ibadah sunat selepas puasa,
Suci dalam luar dan badan,
Tingkat takwa iman perkasa.
Pantun Ramadan 4
Di Pulau Panda menebar pukat,
Tempat berkelah pilihan bercuti,
Bulan Ramadan bulan berkat,
Berpuasalah seikhlas hati.
Pantun Ramadan 5
Main gajet membazir masa,
Jatuh serban di atas riba,
Mari bermasjid mari berpuasa,
Akhir Syaaban, Ramadan tiba.
Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa semua!