Senarai Buffet Ramadan Bawah RM100 Untuk Tahun 2024

Bufet Ramadan bawah rm100 tahun 2023

Aktiviti buffet Ramadan sangat popular di kalangan masyarakat di Malaysia. Inilah antara keistimewaan yang ditawarkan di negara ini ketika masuk bulan Ramadan. Jadi anda boleh berbuka dengan hidangan yang disediakan tanpa perlu mencari juadah lain.

Bufet Ramadan di Malaysia menawarkan pelbagai hidangan yang lazat dan kaya dengan rasa. Disini, anda bukan sahaja boleh jumpa masakan tradisional Melayu, ada juga tempat yang menyediakan masakan ala Cina, India dan Arab.

Selain daripada nikmati juada makanan, program seperti Bufet Ramadan ini juga boleh dijadikan sebagai acara tahunan untuk sebuah organisasi, rakan sekerja atau sekecil-kecil sebuah keluarga untuk berbuka puasa bersama. Jadi ada disediakan tempat untuk perkara tersebut.

Kebiasaanya, bufet Ramadan diadakan di hotel atau restoren di setiap negeri di seluruh negara. Pengunjung dapat menikmati hidangan yang lazat seperti bubur lambut, nasi beriyani, rendang daging, kambing golek, ayam percik, sate, lemang, murtabak serta kuih-muih yang beraneka ragam. Tidak lupa juga hidangan minuman seperti air sirap, air kelapa, teh tarik dan banayk lagi.

Disebabkan itu harga bufet Ramadan biasanya bervariasi dan ianya bergantung kepada lokasi, fasiliti dan jenis makanan yang disajikan. Beberapa hotel dan restoren mewah pastinya menawarkan pakej dan promosi yang sedikit mahal berbanding tempat-tempat biasa. Jadi ini pastinya menjadi kekangan untuk anda yang ingin mencuba buffer Ramadan.

Sebenarnya banyak sahaja tempat yang menawarkan harga promosi untuk Bufet Ramadan iaitu bawah RM100. Anda hanya perlu pandai cari dimana lokasi tersebut. Ada yang disediakan di hotel atau di restoren juga.

Jadi tanpa perlu bersusah payah, kami bantu anda untuk senaraikan antara tempat dan lokasi Buffet Ramadan yang menawarkan harga bawah RM100 untuk tahun 2024 disetiap negeri di seluruh negara terutamanya di kawasan Lembah Klang.

Senarai Buffet Ramadan Bawah RM100 Untuk Tahun 2024

Berikut merupakan senarai promosi buffet ramadan bawah rm100 untuk anda cuba berbuka puasa bersama rakan atau keluarga.

#1 - IBIS KLCC

IBIS KLCC

Jika anda mencari hotel untuk buffet ramadan bawah RM100, anda boleh pergi ke IBIS KLCC dimana mereka menawarkan dengan harga RM98 sahaja untuk dewasa dengan membawa tema Sajian Warisan Bonda Ala Kampung.

Jadi dengan bayaran tersebut, anda akan dapat makan juadah seperti kambing bakar, pasta, gulai daging, sup tulang, mee goreng mamak, satay, murtabak, roti john, apam balik, jagung rebus serta pelbagai juada kuih-muih.

Nak tahu lebih lanjut, anda boleh datang ke IBIS Hotel atau buat tempahan awal di talian 03-27783388 atau boleh juga whatsapp di nombor 012-2220568. Kalau buat tempahan early bird, boleh dapat serendah RM78 seorang tau.

Jika anda bercadang untuk tempah buffet Ramadan di tempat yang lain dari yang lain, boleh juga cuba di KL Tower dengan buat tempahan online disini. Harga bermula RM69 sahaja.

#2 - Noranom Event HQ

Noranom Event HQ

Anda mencari sebuah tempat yang luas untuk berbuka puasa secara bufet anda boleh cuba di Noranome Event HQ dimana mereka mengadakan event Buffet Ramadan di Dewan Serbaguna Puchong Utama (PU7) dengan harga RM75 sahaja untuk dewasa.

Pelbagai juada yang ditawarkan. Ada ayam bakar, ikan bakar, nasi beriani gam ayam & kambing, kambing grill, lempeng pisang, roti john dan oelbagai sajian makanan melayu dengan harga mampu milik dan berbaloi untuk tahun 2024.

Nak tahu lebih lanjut serta boleh terus buat tempahan dengan hubungi 010-3624711 atau 017-6770237. Selain tempahan secara individu. Anda juga boleh buat tempahan untuk korporat secara berama-ramai.

#3 - Espira By Attana

Espira By Attana

Jom sambut citarasa dan merasai bulan Ramadan kali ini bersama Bufet Selera Balik Kampung Ramadan di Espira Kinrara dengan harga bawah seratus ringgit iaitu pada harga RM83 sahaja untuk yang terawal. Nanti naik RM98 tahu.

Bermacam-macam juadah berbuka puasa yang anda boleh nikmati disini. Ada ikan tenggiri, satay, serta aneka kuih-muih. Selain itu pastinya ada minuman bagi membasahkan tekak anda selepas kering berpuasa pada siang hari.

Jadi nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi 03-80791000 atau whatsappa sahaja untuk tempahan di 011-28044994. Buat tempahan sekarang untuk dapatkan harga promosi terawal.

#4 - Silka Hotel

Silka Hotel

Untuk orang Cheras dan mereka berdekatan, kalau nak berbuka di hotel dengan harga mampu milik anda boleh datang ke Silka Hotels dimana mereka menawarkan harga untuk seorang dewas hanya RM65 sahaja.

Terdapat pelbagai juadah berbuka puasa untuk anda nikmati dengan mengenakan tema Sajian Bulan & Bintang. Selain untuk individu, anda juga boleh buat event dimana mereka menyediakan business package dan family package.

Nak tahu lebih lanjut, anda boleh datang ke Silka Cheras Kuala Lumpur atau boleh hubungi terus untuk tanya dan buat tempahan di 03-91089280 atau whatsapp di talian 016-3351447. Tempah awal untuk dapat harga diskaun.

#5 - Summit Hotel Subang USJ

Summit Hotel Subang USJ

Lebih awal anda tempah, lebih murah anda dapat harga yang ditawarkan. Untuk harga paling mahal pun RM88 sahaja. Jadi kalau tempah lebih awal, boleh dapat lebih murah tau. Buffet Ramadan hanya bermula pada 27 Mac hingga 20 April 2023 sahaja.

Selain daripada pelbagai menu berbuka puasa. Mereka juga turut menyediakan banyak aktiviti menarik seperti tarian tradisional dengan muzik yang dimainkan secara langsung, mini bazar serta bilik permainan kanak-kanak.

Bukan itu sahaja, meraka juga ada buat cabutan bertuah setiap hari yang mana berpeluang untuk menang Dinar Emas tau. Jadi apa tunggu lagi, buat tempahan sekarang di 03-80233000 atau whatsapp di 019-2797781.

#6 - Mercure Hotels

Mercure Hotels

Sebuah lagi hotel yang menawarkan buffer Ramadan dengan harga kurang RM100 iaitu di Mercure Hotels, Selayang Selangor yang mana mereka membawa tema Iftar Ramadan Selera Kampung dimana harga untuk dewasa hanya RM98 sahaja.

Jika berminat dan ingin buat tempahan, anda boleh hubungi 03-6128999. Pastinya jika anda buat tempahan lebih awal, boleh dapat harga yang lebih murah. Jadi apa tunggu lagi.

#7 - Ancasa Hotel Kuala Lumpur

Ancasa Hotel Kuala Lumpur

Ancasa Hotel Kuala Lumpur juga ada menyediakan Buka Puasa Ramadan Bufet dengan tema Sirih Pulang Ke AnCasa dengan harga RM98. Kalau buat tempahan awal, boleh dapat serendah RM65. Jadi tempah sekarang.

Tempahan boleh dibuat di talian 03-2026606 atau boleh layari www.ancasahotels.com.my.

#8 - The Venue Shah Alam

The Venue Shah Alam

Orang Shah Alam ni ada untuk anda kalau nak makan buffet Ramadan iaitu dengan harga RM75 sahaja untuk tempahan awal. Boleh buat tempahan di talian 017-3187769 atau di 011-55550255.

#9 - Awangan Palace

Awangan Palace

Selain di Lembah Klang, orang Kuantan juga boleh dapatkan tawaran RM58 sahaja. Paling best kat sini, anda boleh buat tempahan satu bilik terus kalau bercadang untuk event. Daripada serendah 30 pax hingga 1000 pax.

Jadi kalau yang berminat, boleh datang ke Awangan Palace di Bukit Rangin atau hubungi 016-3231877. Pastikan buat tempahan sehari awal tau sekurang-kurangnya.

#10 - Hotel Casuarina

Hotel Casuarina

Nak rasa kibas dan kambing panggang dengan perapan istimewa tapi harga mampu milik? Boleh datang ke Hotel Casuarina Meru dimana mereka menawarkan bufet ihya Ramadan dengan harga RM79 sahaja.

Lokasinya adalah di Pusat Konvensyen Casuarina. Jadi buat tempahan sekarang dengan hubungi menerusi aplikasi Whatsapp di 016-5212288

#11 - Amverton Heritage Resort

Amverton Heritage Resort

Orang-orang Melaka nak berbuka puasa berama-ramai secara bufet, boleh datang di Amveron Heritage Resore, Ayer Keroh dimana mereka menawarkan dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM48 untuk dewasa dan RM38 untuk kanak-kanak.

Bagi yang nak solat jangan risau, ada disediakan surau untuk lelaki dan perempuan sertai tempat letak kenderaan percuma. 

#12 - Kafe D'manggis

Kafe D'manggis

Kalau anda nak kelainan sikit berbanding berbuka puasa dengan nasi dan sebagainya. Anda boleh cuba untuk menu steamboat dan bbq yang ditawarkan di Kafe D'manggis di Rawang Selangor.

Mereka menawarkan harga buffet Ramadan RM44.00 untuk dewasa dan RM19.00 untuk kanak-kanak. Sangat berbaloi. Jadi apa tunggu lagi, boleh buat tempahan terlebih dahulu di 013-7296100 atau 013-6187660.

#13 - Iman Iris Grand Hall

Iman Iris Grand Hall

Orang ramai boleh cuba di Iman Iris Grand Hall, Damansara dengan harga bawah RM50 tau. Setiap hari menawarkan menu yang berbeza-beza. Ada chicken grill dan ada menu grill lamb.Yang bawa anak-anak bawah 6 tahun tu, masuk adalah percuma tau.

Boleh buat tempahan sekarang di talian 016-3346731 atau whatsapp di 016-3206731. Kalau tak sempat, boleh sahaja untuk walk-in berdasarkan jumlah yang hadir pada hari tersebut.

#14 -  Orenji Cafe

Orenji Cafe

Orang Johor nak tempah buffet Ramadan dengan harga yang sangat berbaloi, boleh datang ke Orenji Cafe di Kg. Tarom Johor Bahru iaitu dengan harga RM38 sahaja untuk dewasa.

Ada pelbagai menu seperti asam pedas, masak lemak cili api, kari mamak, sambal lado, ayam kunyit, rendah, nasi beriani, nasi arab, mee hailam, nasi goreng, soto, mee kari serta kuih muih melayu. Jadi tempah sekarang di talian 016-7867777 atau 016-7151555

#15 - Restoren Selera Cita Rasa (Dee Botak)

Restoren Selera Cita Rasa (Dee Botak)

Buffet yang menyediakan lebih 20 jenis juadah. Ada Satay, murtabak, kuih-muih, aiskrim, bubur dan banyak lagi. Semua ini anda boleh dapatkan di Restoren Selera Cita Rasa (Dee Botak) dengan harga RM25 sahaja.

Buat tempahan sekarang dengan hubungi 012-3971165 atau 016-2796456

Nak tahu kat mana lagi hotel atau restoren yang ada menyediakan bufet Ramadan dengan harga bawah RM100 untuk tahun 2023 ni, boleh tengok senarai dibawah

Buffet Ramadan GISBH bawah RM100

Buffet Ramadan Maharin Cafe bawah RM100

Buffet Ramadan Richiamo Coffee bawah RM100

Buffet Ramadan Saudagar Kambing bawah RM100

Buffet Ramadan The Soru bawah RM100

Diharapkan perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang sedang mencari tempat untuk berbuka puasa secara buffet dengan harga bawah RM100.

Post a Comment

Previous Post Next Post