Senarai Bazar Ramadan Di Kajang 2023 Untuk Beli Juadah Berbuka Puasa

Senarai Bazar Ramadan Di Kajang 2023

Bulan Ramadan tahun 2023 kini kembali dan selain daripada pesta amal ibadah sepanjang bulan ini, yang dinanti-nantikan setiap tahun bila tiba bulan puasa ini adalah bazar Ramadan dimana terletaknya lokasi juadah berbuka puasa.

Bazar Ramadan adalah tempat untuk orang ramai terutamanya bagi mereka yang berpuasa untuk membeli makanan dan minuman yang lazat untuk berbuka puasa. Dalam tempoh inilah, banyak pilihan yang ditawarkan dan peringatan untuk semua beli yang perlu sahaja dan tidak perlu membazir.

Jika di Selangor khususnya di Kajang terdapat banyak lokasi bazar Ramadan yang menawarkan pelbagai hidangan yang menggiuarkan. Ada bazar yang yang menawarkan pelbagai hidangan tempatan juga antarabangsa seperti nasi arab, ayam percik, laksa dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, lokasi bazar Ramadan ini juga anda boleh dapatkan minuman yang menyegarkan sesuai untuk berbuka puasa seperti air kelapa, ABC, variasi air balang pelbagai perisa seperti air katira, air milo, teh ais dan sebagainya.

Untuk mereka yang ingin berbuka dengan sederhana, disini juga ada menjual kuih-muih pelbagai rasa. Ada tepung pelita, kuih sagu gula melaka, kuih badak berendam, kuih puteri mandi dan banyak lagi manisan yang anda boleh dapatkan.

Senarai Lokasi Bazar Ramadan Kajang 2023

Jadi untuk penduduk di Kajang khususnya atau anda yang singgah atau baru menetap di Kajang tapi tak tahu dimana lokasi bazar Ramadan yang berdekatan dengan anda, boleh tengok sini senarai penuh bagi setiap kawasan yang terlibat

Kajang

  • Desa Jenaris (Jalan Jenaris 2A, Desa Sri Jenaris - Tapak Pasar Malam)
  • Sg Kantan (Dihadapan lot komersial, Jalan Kantan Permata)
  • Taman Delima (Jalan menghala ke SMAP Bt.13, Jalan Cheras)
  • Prima Saujana (Di tanah milik persendirian Dataran Prima Saujana, Taman Prima Saujana)
  • Reko Sentral (Jalan Reko Sentral 2)
  • Taman Jasmin (Tapak pasar malam)
  • TTDI Grove (Berhadapan pasaraya Ec-Shop TTDI Grove)
  • Bandar Seri Putra (Di jalan Seri Putra 1/3 - Tapak Pasar Malam)
  • Bukit Mahkota (Seksyen 4, Bandar Bukit Mahkota - Tapak Pasar Malam)

Cheras

  • Bandar Tun Hussein Onn (Tempat letak kereta, Bandar Tun Hussein Onn iaitu bersebelahan AEON Big)
  • Bandar Mahkota Cheras (Laman Niaga, Bandar Mahkota Cheras)
  • Taman Tun Perak (Tapak pasar malam Tun Perak)
  • Impian Ehsan (Jalan Cengal 4, Impian Ehsan - Tapak Pasar Malam)
  • Cheras Jaya (Jalan CJ8, Taman Cheras Jaya - Tapak Pasar Malam Ahad)
  • Bukit Belimbing (Tapak pasar malam)

Bangi

  • Seksyen 7, Bandar Baru Bangi (Tapak pasar malam)
  • Seksyen 9, Bandar Baru Bangi (Kawasan parkir kereta sebelah Mcdonalds)
  • Seksyen 4, Bandar Baru Bangi (Jubli Perak Fasa 4, Jalan 4/1B)
  • Ramal Indah (Tapak pasar tani)

Semenyih

  • Bandar Teknologi Kajang (Berhampiran Pasaraya Billion)
  • Pelangi Semenyih (Jalan TPS 1/1, hadapan Lotus's Semenyih)
  • Pekan Semenyih (Tapak malam Semenyih Sentral)
  • Vista Valley (Di Jalan Vista Valley 2)

Beranang

  • Bandar Tasik Kesuma (Jalan 3/1, Bandar Tasik Kesuma)
  • Pekan Sari Beranang (Lokasi pasar siang)

Hulu Langat

  • Taman Sri Nanding (Tapak pasar malam Taman Sri Nanding)

Senarai ini merupakan antara lokasi popular dibawah Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Tetapi ingat bersederhanalah ketika membeli makanan dan minuman dan jangan mengikut nafsu apabila tiba di bazar Ramadan.

Itulah senarai lokasi bazar Ramadan di Kajang yang boleh anda kunjungi. Pastikan anda mengikut peraturan dan SOP yang ditetapkan pihak berkuasa semasa membeli makanan dan minuman di bazar Ramadan. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat kepada anda dan selamat menikmati hidangan yang dihidangkan di bazar Ramadan Kajang.

Post a Comment

Previous Post Next Post