Resepi Ayam Gepuk Khairulaming Sedap Macam Kat Kedai

Resepi Ayam Gepuk Khairulaming

Ramai tak keruan di media sosial terutamanya apabila Khairulaming baru-baru ini kongsikan resepi Ayam Gepuk yang mana dia kata sendiri sedap macam kat kedai menerusi segmen '30 hari 30 resepi' yang dibuatnya setiap tahun.

Anda boleh tengok sendiri, jika di twitter, perkongsian video resepi yang dikongsikan di akaun twitternya dengan durasi kurang 2 minit tersebut mendapat lebih 20k retweet dan sehingga 40k liked. Jika dilihat enggagement lebih 3 juta yang dicatatkan.

Kalau tengok di akaun instagram pula, kini telah mendapat lebih 300k like dan 65k share menerusi video reel yang dikongsikan. Rata-rata teruja dengan perkongsian yang buat julung kalinya dikongsikan kepada orang ramai. Lagi pula, kat Malaysia ni memang ramai peminat ayam gepuk.

Ayam Gepuk

Ayam gepuk adalah salah satu hidangan khas dari daerah Jawa Barat, Indonesia dan kini mula terkenal di Malaysia. Hidangan ini terkenal kerana daging ayamnya yang empuk dan pastinya dengan sambal lada yang enak dimakan panas-panas.

Dah banyak restoren dan kedai makan yang menawarkan menu Ayam Gepuk dan pastinya dengan pelbagai rasa. Tapi paling femous sekarang pastinya Ayam Gepuk Pak Gembus yang kini sudah dibuka cawangan di seluruh negara.

Jadi betul ke resepi Ayam Gepuk Khairulaming ni rasa sama seperti yang dikedai tersebut? Kalau korang nak tahu, kena cuba la sendiri dengan ikut cara masa dan resepi yang dikongsikan. 

Resepi Ayam Gepuk Daripada Khairulaming

Dalam resepi ini, Khairulaming sudah memperincikan tentang bahan-bahan serta cara masak untuk dapatkan hasil yang enak dan lazak. Hanya perlu ikuti dengan teliti setiap langkah yang ditunjukkan sehingga selesai.

Bahan-Bahan

Ayam

  • Daging ayam
  • Halia (besar ibu jari)
  • Lengkuas (besar ibu jari)
  • 1 sudu biji ketumbar
  • 1 sudu kunyit
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 helai daun salam (beli sini)

Sambal

  • Gajus (beli sini)
  • Cili padi merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Garam dan serbuk perasa

Gorengan

  • Potongan kubis
  • Tempe dan tuahu

Lain-lain

  • Hirisan timun

Cara Memasak

1)  Kisarkan halia, lengkuas, ketumbar, kunyit dan garam dengan tambahan air

2)  Perapkan ayam dengan kuah selama setengah jam

3)  Masukkan kedua-duanya ke dalam periuk. Tambah air sehingga tenggelam, tambahkan daun salah dan rebuskan

4)  Goreng ayam sekejab

5)  Sediakan sambal dengan mula-mula tumbuk gajus dan tambahkan minyak panas

6)  Ulang langkah 5 bagi campuran cili padi dan bawang; tambahkan garam dan perasa

7)  Goreng kubis, tauhu dan tempe seperti biasa. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi timun dan kicap manis. Selesai

Untuk panduan secara video, anda boleh saksikan di twiitter khairulaming atau klik sahaja video dibawah

Post a Comment

Previous Post Next Post