Baru-baru ini di internet heboh tentang sebuah telefilem bertajuk Saat Hilang Cintamu yang ditayangkan menerusi slot Cerekarama di TV3. Selepas habis tayangan di tv, masing-masing bercerita tentang telefilem tersebut di setiap pelusuk media sosial.
Telefilem yang menampilkan barisan pelakon seperti Zamarul Hisham, Rita Nadira, Malek Maccrone, Abbas Mahmood serta Noor Hanan Hassan ini merupakan terbitan Zeel Production Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Rahila Ali.
Sinopsis Telefilem Saat Hilang Cintamu
Cerita ini bermula apabila Razil (dilakonkan oleh Zamarul Hisham) mengahwini Salina (dilakonkan oleh Rita Nadira) yang baru lepas habis STPM. Pada ketika itu, Salina menerima Razil dengan hati terbuka walaupun berbeza jarak umur.
Walaupun mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM, Salina lebih memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Mereka bahagia sehinggalah 2 anak mereka membesar dengan baik.
Mak Salina yang nampak anak dia bersusah payah hidup mendesak anaknya bekerja bagi mendapatkan kehidupan yang lebih baik berikutan anak-anak mereka semakin membesar dan akhirnya Salina dapat kerja sebagai kerani di sebuah syarikat.
Salin tetap menjadi isteri terbaik buat Razil ketika mula bekerja, sehinggalah rakat sepejabat Salina memerli Razil di satu jamuan. Ayat yang dilontakan terus mengubah Salina iaitu daripada isteri yang setia dengan suami, terus menjadi isteri yang derhaka dan curang.
Akhirnya Salina dan Razil berpisah apabila Salina mengaku telah terlanjut dengan lelaki lain. Demi menjaga anak-anak dan mahukan curah kasih sayang seorang ayah, Razil sanggup tinggal di sebuah pondok kecil berhampiran dengan rumah Salina.
Dengan itu, dia boleh lihat anak-anaknya membesar dihadapan matanya sendiri walaupun mereka telah bercerai.
Jika anda lihat telefilem ini, pelbagai perasaan yang timbul. Geram ada, kesian ada dan macam-macam lagi terutamanya untuk waktu Razil yang begitu sayang kepada isterinya walaupun dia tidak lagi memilikinya.
Tambahan menarik lagi, pelakon cerita ini sendiri iaitu Zamarul Hisham memberitahu yang mana drama ini diadaptasi daripada kisah benar. Jadi memang ada seorang suami yang sangat sayang isterinya walaupun masih tidak bersama lagi.
Cara Tonton Telefilem Saat Hilang Cintamu
Jadi untuk anda yang terlepas untuk saksikan telefilem ini kaca tv pada 25 Mac yang lalu dan anda bercadangan untuk menontonnya. Jangan risau, anda masih boleh saksikannya secara On Demand iaitu menerusi platform web dan aplikasi Tonton dengan klik pautan ini.
Anda boleh saksikan full telefilem Saat Hilang Cintamu ini dengan langganan serendah RM9.90 sebulan. Hanya perlu daftar dan login menggunakan username dan password yang ditetapkan.