Umrah adalah ibadah yang dilakukan ke kota suci Mekah yang boleh dilakukan pada bila-bila masa. Untuk kebanyakan umat Islam di Malaysia, menunaikan Umrah adalah sebuah impian tak terkata, tetapi ada kos mahal yang perlu ditanggung.
Walaubagaimanapun, dengan lakukan beberapa kajian dan persediaan yang rapi, sebenarnya memang boleh untuk anda lakukan Umrah DIY Sendiri tanpa pakej yang lebih murah. Sekali gus dapat menjimatkan perbelanjaan keseluruhan. (Do-It-Yourself)
5 Langkah Mudah Untuk Buat Bajet Umrah DIY Tanpa Pakej
Jika anda lihat pakej-pakej umrah yang ditawarkan daripada agensi travel dan umrah untuk tahun 2024 ini, rata-rata harga yang ditawarkan adalah sekitar RM8000 dan ke atas untuk seorang. Macam mana kalau anda pergi dengan pasangan dan jadi RM16,000 atau pergi bersama anak-anak dan ibubapa?
Tapi sekiranya anda berjaya untuk lakukan Umrah DIY ini, banyak kelebihan yang anda dapat terutamanya anda boleh kurangkan kos secara keseluruhan daripada tawaran pakej umrah.
Antara langkah-langkah yang anda perlu buat dan rancang sebelum melakukan Umrah DIY tanpa pakej ini ada 5 iaitu :
1) Tetapkan Matlamat
Anda perlu menetapkan matlamat untuk mengerjakan umrah. Apabila kita mempunyai matlamat yang jelas, barulah kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapat matlamat tersebut.
Ingat, kos umrah kini berbeza dari tahun-tahun sebelumnya yang pastinya lebih mahal. Selain itu, umrah berbeza dengan melancong. Kita pergi untuk beribadah dan bukan bercuti semata-mata. Insya Allah jika matlamat kita jelas, segalanya akan dipermudahkan
2) Kira Perbelanjaan Yang Diperlukan
Untuk menunaikan umrah, persediaan hampir sama jika kita ingin melancong ke luar negara di tempat lain lagi-lagi untuk Umrah DIY ini. Kena tetapkan kos untuk tiket penerbangan, hotel, pengangkutan, makan minum dan paling penting visa.
Jika kita sudah dapat anggaran untuk semua ini, barulah kita boleh usahakan untuk cari duit dan tetapkan tarikh bila waktu sesuai untuk mengerjakan Umrah. Nak tahu lebih terperinci tentang penyediaan kos Umrah DIY ini, anda boleh tengok disini.
3) Tetapkan Jangkaan Tarikh Untuk Menunaikan Umrah
Dah siap kira kos perbelanjaan semua, barulah anda boleh tetapkan tarikh yang sesuai untuk datang ke Mekah dan Madinah. Ingat harga tiket penerbangan adalah berbeza mengikut musim.
Kebiasaanya ketika Ramadan atau pada musim cuti persekolahan, kos adalah lebih tinggi berbanding hari-hari biasa. Jadi kena tambah lagi perbelanjaan. Anda boleh buat carian di internet untuk dapatkan harga yang lebih murah untuk tiket kapal terbang dan hotel.
4) Pecahkan Kos Perbelanjaan Mengikut Tempoh Yang Ditetapkan
Sebagai contoh, setelah anda mengira semua perbelanjaan, bahagikan jumlah tersebut dengan tempoh masa yang ada. Anda merancang pastinya tidak akan pergi dalam waktu terdekat. Jadi rancang sebaiknya.
Kalau kos perbelanjaan semua RM6,000. Jadi dalam tempoh setahun, anda boleh simpan RM500 sebulan. Nampaklah tidak terlalu besar jumlahnya. Mungkin untuk lebih semangat, boleh buat tabung Umrah DIY. Hari-hari simpan duit.
5) Menyimpan Dengan Konsisten
Akhir sekali adalah lebih penting untuk anda penuhkan tabung Umrah DIY anda tersebut secara konsisten. Ingat tanpa tabungan dan duit ini, tiada apa yang anda boleh lakukan. Ini juga boleh jadi matlamat besar anda untuk penuhkan tabung.
Tak guna kalau anda dah buat perancangan siang dan malam untuk penuhi impian untuk menunaikan umrah, tapi tidak penuhi tabung untuk perbelanjaan. Ianya tidak akan datang bergolek.
Tapi anda kena ingat, Umrah DIY ini bukanlah senang kerana anda perlu lakukan kesemuanya secara sendiri TETAPI sangat berbaloi kerana anda boleh selesaikan masalah paling besar iaitu KOS dan HARGA. Boleh lagi jimat.
Persediaan perlu dilakukan. Kalau taknak pening-pening kan best kalau tak perlu research tapi dapat jimat untuk pergi Umrah. Ya! sebenarnya ada sahaja caranya dimana anda boleh dapatkan Panduan Penuh Umrah DIY Tanpa Pakej Dengan Penjimatan Ribuan Ringgit.
Disini, anda tak perlu nak google bagai. Kesemua langkah dan cara yang anda perlu lakukan telah tersedia. Cara nak cari hotel paling dekat dengan Masjidil Haram, cara nak naik pengangkutan awam, tempat tiket kapal terbang, buat visa umrah dan banyak lagi.
Kesemua diterangkan secara terperinci untuk anda yang berhasrat untuk lakukan Umrah DIY Bajet Tanpa Pakej. Panduan ini hanya berharga RM80.00 sahaja. Panduan Umrah pun disediakan semuanya. Anda hanya perlu klik gambar dibawah sahaja untuk dapatkannya.
Semoga bermanfaat...