Juri telah menentukan 5 peserta sebagai finalist yang akan pergi ke pusingan akhir bagi membuat persembahan dalam program musim ketiga The Masked Singer Malaysia 2023.
Pada malam separuh akhir, terdapat 6 peserta yang membuat persembahan dengan 2 tugasan iaitu persembahan solo dan battle. Daripada persembahan itulah, barisan peserta akan dipilih untuk mara ke peringkat seterusnya.
Mawar Berduri merupakan peserta terakhir yang tersingkir untuk musim ketiga selepas Beta Fish, Nyoq Muda, Brokoli, Dewi Angsa dan Pizza Panas masing-masing berjaya untuk mara ke final.
Pada minggu kesebelas, barisan finalist akan membuat persembahan solo juga bersama artis jemputan. Antara yang dijemput ialah Idris Brown, Shila Amzah, Sophia Liana, Amir Masdi, Ernie Zakri, Marsha Milan. Tetapi daripada 6 artis ini akan ada seorang yang tidak akan bersama peserta untuk membuat persembahan.
Jadi nak tahu artis mana dan maskot mana yang bakal memenangi The Masked Singer Malaysia untuk musim ketiga ini, jangan lupa saksikan malam final pada 3 Mac 2023, hari Jumaat bermula pada pukul 9.00 malam bersiaran di Astro Warna 107 dan Astro Go.