Masa sekarang ni kita boleh tengok kan semua benda naik harga sehinggalah ke makanan. Katanya ko bahan mentah dah turun, tetapi juadah makanan yang dijual di restoren tetapi masih sama dan ada yang harga terus meningkat.
Jadi baru-baru ini kerajaan ada mengumumkan satu inisiatif untuk golongan yang terkesan dengan perbelanjaan dan kos sara hidup iaitu menerusi Menu Rahmah dimana orang ramai boleh nikmat makanan seimbang tengah hari dan malam dengan harga RM5.00 sahaja.
Menu ini diperluas ke 15,000 kedai makan dan restoren di seluruh negara. Ianya merangkumi nasi, ayam atau ikan dan sayur atau juga tersedia untuk menu seperti mi goreng, rojak dan roti john dengan tawaran harga yang murah.
Lebih menarik, menu-menu yang disediakan dari isnin hingga jumaat adalah berbeza mengikut lokasi. Berbaloi dan jimat untuk dinikmati oleh golongan yang terkesan di luar sana.
Lokasi Menu Rahmah Di Seluruh Malaysia
Seperti yang diumumkan, jika ingin ketahui premis kedai makan atau restoren mana yang menyediakan inisiatif ini, akan ada pelakat Menu Rahmah yang akan dilekatkan.
Setakat ini, anda boleh dapatkan tawaran ini di bahagian Ready-To-Eat di Pasar Raya Besar MYDIN terpilih seluruh Malaysia. Anda boleh lihat set makanan tengah hari dan makan malam yang ditawarkan seperti yang dikongsikan di facebook rasmi MYDIN Malaysia
Antara lokasi lain yang menyediakan Menu Rahmah:
- MYDIN
- Restoren Ali Maju di Setapak
*akan dikemaskini jika ada sebarang makluman baru