Panduan penulisan surat tidak hadir ke sekolah ini, ibu bapa boleh menggunakan sebagai rujukan dan panduan sekiranya anak-anak tidak dapat datang ke sekolah atas sebab-sebab tertentu.
Mungkin ada antara anak-anak terpaksa menghadirkan kursus tambahan, atau mungkin ada urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan dan juga sakit, demam tanpa sijil sakit atau lain-lain lagi.
Jadi sekurang-kurangnya jika murid tidak hadir, guru kelas khususnya tahu akan perkara tersebut sekali gus boleh mengambil maklum dan direkodkan sepanjang ketidakhadiran tersebut. Jika ada apa-apa masalah guru boleh ambil tindakan sewajarnya.
Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah
Secara umumnya, antara perkara-perkara yang perlu diletakkan dalam surat tersebut seperti:
- Nama
- Alamat
- Tarikh
- Nama guru
- Nama dan alamat sekolah
- Tajuk : [Sebab tidak menghadirkan diri ke sekolah]
- Isi surat : Menyatakan sebab dengan jelas serta tarikh anak tidak dapat hadir ke sekolah
- Tandatangan
Contoh surat asas untuk tulis
Contoh surat tidak dapat hadir ke sekolah sebagai panduan
Diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada ibubapa khususnya yang mempunyai anak-anak yang tidak dapat hadirkan diri ke sekolah.