Cara Check Baki U Mobile 2024 Secara SMS Dan Online

Cara Check Baki Kredit U Mobile Menggunakan SMS Dan Online

U Mobile antara salah satu syarikat telekomunikasi terkenal di Malaysia yang menawarkan pelan prepaid dan postpaid antara yang termurah dan berbaloi serta produk-produk lain juga disediakan.

Khusus untuk pengguna prepaid, kami kongsikan disini cara untuk semak atau check baki kredit U Mobile anda sama ada menggunakan kod, SMS atau boleh juga secara online.

Cara Semak Dan Check Baki Kredit U Mobile

Terdapat 3 cara untuk anda semak baki kredit prepaid U Mobile anda. Ikuti langkah mudah dibawah:

1)  Cara Check Baki Melalui *118#

  1. Pada telefon anda, bukan dialpad seperti anda ingin buat panggilan
  2. Kemudian, dial *118# dan tekan Call
  3. Baki kredit anda akan dipaparkan pada skrin beserta tarikh expired

Cara Check Baki Kredit U Mobile Menggunakan Kod Dial

2)  Cara Check Baki Menggunakan SMS

  1. Pada telefon anda, masuk bahagian Text Message
  2. Kemudian tapi BAL dan hantarkan ke 28118
  3. Akan akan menerima SMS yang menunjukkan baki kredit dan tarikh tamat tempoh


3)  Cara Check Baki Menggunakan Aplikasi MyUMobile

Jika anda mempunyai data internet, cara paling mudah adalah anda semak sahaja baki di aplikasi MyUmobile. Boleh di Play Store atau App Store

  1. Login aplikasi MyUmobile menggunakan nombor telefon dan kod yang diberikan
  2. Kemudian anda akan dibawa ke paparan utama bahagian 'Home'
  3. Disnilah akan dipaparkan baki kredit anda beserta tarikh luput yang mana anda perlu topup nanti.

Cara Check Baki Kredit U Mobile Menggunakan Aplikasi MyUmobile

Selain daripada check balance, dengan aplikasi ini juga anda boleh langgan pakej mingguan/bulanan, semak baki data internet, topup kredit, kongsi kredit kepada rakan, aktifkan roaming & idd, dapatkan ganjaran dan banyak lagi.

BACA : Topup U Mobile Murah Disini

Jadi diharapkan perkongsian ini bermanfaat kepada anda khususnya kepada pengguna Umobile yang ingin semak atau check baki kredit telefone anda.

Post a Comment

Previous Post Next Post