TV AlHijrah membawakan sebuah program realiti mengaji al-Quran yang dikenali sebagai Akademi Quraa'. Program ini bermatlamat untuk melahirkan generasi Qurani yang menjadi pelapis kepada asatizah bidang al-Quran.
Dalam program ini, kesemua peserta yang terpilih akan berusaha mempelajari lenggok bacaan al-Quran, ilmu taranum, tajwid, fasohah dan teknik kawalan suara.
Seramai 12 orang peserta akan sertai program ini dimana mereka terdiri daripada 7 orang peserta lelaki yang digelar Tilmiz dan 5 orang peserta wanita yang digelar Tilmiziah Akademi Quraa'. Mereka adalah :
- Muhammad Akasyah Md Yunos (18 tahun, Selangor)
- Muhamad Nurfahmi Zainal (23 tahun, Negeri Sembilan)
- Muhammad Nur Faridzuan Basar (20 tahun, Johor)
- Saifullah Khanip Rofli (19 tahun, Pahang)
- Muhammad Nur Zuhdi Mohd Daud (25 tahun, Johor)
- Adam Hakimi Khairulnizam (18 tahun, Kedah)
- Abdullah Afif Mohd Ariffin (22 tahun, Melaka)
- Aina Syafiyah Selamat (22 tahun, Melaka)
- Nik Maghfirah Nik Abd Rahman Zaki (19 tahun, Kelantan)
- Nurnazhirah Shaharudin (24 tahun, Selangor)
- Nooraini Abdullah (40 tahun, Selangor)
- Nur Ain Syahirah Shaifullah (21 tahun, Kelantan)
Mereka semua akan mempelajari ilmu al-Quran yang mana akan dibimbing oleh Mudarris dan Mudarrisah iaitu Ustaz Ammar Mukhlis, Ustazah Farhatul Fairuzah dan Ustazah Sofizah Mousin.
Setiap minggu pula, mereka akan diadili sepenuhnya oleh seorang juri tetap iaitu Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Rahman dan juri jemputan berbeza pada setiap minggu. Jadi akan ada penyingkiran yang berlaku setiap minggu. Program ini juga menampilkan Fakhrul UNIC selaku pengacara rancangan.
Episod pengenalan telah disiarkan menerusi Facebook Live dan aplikasi Alhijrah Plus. Sebanyak 8e episod, bermula 4 Februari 2023, AKADEMI QURRA' akan disiarkan secara langsung pada setiap hari Sabtu, jam 9.00 malam di TV AlHijrah atau boleh juga strim secara online di Alhijrah Plus.