Cara Jimat Duit Beli Pizza Dominos Dengan Harga Serendah RM3.90

Cara Jimat Duit Beli Pizza Dominos

Zaman sekarang kalau kita tahu cara sebenarnya banyak perkara boleh kita jimat ketika berbelanja. Dari segi peranti, pakaian, langganan sehinggalah ke makanan. Sehingga makan Pizza Dominos pun sebenarnya boleh jimat tau kalau tahu cara.

Pizza antara pilihan makanan yang ada di Malaysia. Mungkin kita biasa dengan Pizza Hut, US Pizza dan sehinggalah Dominos Pizza serta pengeluar-pengeluaran tempatan yang juga mengahsilkan dan menjual pizza sendiri.

Banyak pilihan, tetapi sebenarnya harganya agak mahal untuk satu-satu pizza. Jadi orang ramai masih boleh makan tapi tidak selalu. Tapi jangan risau, kalau anda jenis suka makan pizza ada sebenarnya cara untuk anda jimat lagi-lagi kalau nak beli Pizza Dominos dengan harga serendah RM3.90 je tau.

Harga Dominos Pizza Di Malaysia

Secara asasnya, harga pizza Dominos adalah bergantung kepada 'Saiz' yang anda beli sama ada Personal, Regular, Large dan Xtra Large. Kemudian dengan saiz tersebut anda boleh pilih jenis 'Crust' yang pasti ada harga tersendiri setiap jenis. Akhir sekali, pilih 'Topping' yang juga ada harga berlainan setiap jenis.

Untuk senarai harga penuh, anda boleh rujuk laman web www.dominos.com.my. Tetapi harga asas sesebuah pizza dengan memilih crust dan topping tanpa sebarang caj dengan mengikut saiz adalah seperti berikut:

-Signature Pizza-

  • Personal (6") = RM16.80
  • Regular (9") = RM39.80
  • Large (12") = RM52.80
  • Xtra Large (15") = RM64.90

Ini baru harga signature. Belum lagi Loaded Topping, Speciality Cheese dan sebagainya. Itu pula baru harga sebuah pizza. Kalau makan ramai-ramai takkan nak beli satu keping je kan?

Kalau rasa ianya mahal, tapi sebenarnya ada beberapa cara untuk anda boleh jimat lagi ketika ingin membeli Pizza Dominos.

Cara Jimat Duit Beli Pizza Dominos

Cara #1 - Beli Pada Hari Selasa

Satu-satunya kedai pizza yang ada menawarkan hari istimewa untuk semua pelanggan dimana pada setiap hari Selasa yang dipanggil 'Super Tuesday', anda boleh dapatkan pizza dengan harga serendah RM3.90 sahaja untuk saiz Personal.

  • Personal Pizza = RM3.90
  • Regular Pizza = RM11.00

hari selasa Cara Jimat Duit Beli Pizza Dominos

Harga ini adalah untuk 'signature pizza' sahaja. Jadi kalau nak jenis lain pizza, akan ada caj tambahan. Selain itu, harga ini hanya boleh dibeli secara online di website atau aplikasi Dominos Pizza dan hanya untuk take-away sahaja.

Cara #2 - Promosi

Untuk ketahui senarai promosi yang ditawarkan oleh Dominos, anda boleh rujuk pada aplikasi atau website pada bahagian 'Promos & Coupons'. Jika ada promosi yang ditawarkan, akan dipaparkan pada bahagian ini. Ketika artikel ini ditulis, ini antara promosi best yang ada:

  • Personal pizza hanya berharga RM5.00 setiap hari
  • Regular pizza haya berharga RM11.00 setiap hari untuk waktu terhad
  • 3 regular pizza dengan harga RM58.90
  • 2 large pizza dengan harga RM58.90
  • 2 xtra large pizza dengan harga RM78.90

Promosi Jimat Duit Beli Pizza Dominos

Jika dibandingkan dengan harga ala carte, jauh lebih murah kan. Jadi boleh semak dahulu bahagian promos & coupons sebelum buat pesanan.

Cara #3 - Beli Menggunakan Baucer

Akhir sekali cara untuk anda dapatkan penjimatan yang lebih bila beli Pizza Dominos adalah dapatkan kupon atau baucer yang dijual di Lazada (secara sah)

  • Xtra Large anda boleh dapatkan dengan harga RM29.90 sahaja. Beli di Lazada
  • Large pizza anda boleh dapatkan dengan harga RM24.90 sahaja. Beli di Lazada
  • 2x regular pizza + 1 fabulous dengan harga RM59.90 sahaja. Beli di Lazada
  • Untuk promosi lain di Lazada dan Shopee

Kesemua ini adalah dalam bentuk baucer. Jika anda sudah beli, akan diberi kod. Kemudian anda perlu buat pesanan online di web atau aplikasi dan masukkan kod tersebut. Hanya di Lazada sahaja anda perlu bayar. Di aplikasi tidak perlu lagi bayar.

Pilihan Terbaik Untuk Penjimatan Beli Pizza Dominos Untuk Anda

Banyak je cara sebenarnya untuk anda jimat duit kalau nak beli pizza Dominos ni jika dilihat daripada senarai diatas. Anda hanya perlu rajin sikit untuk semak atau tunggu sahaja pada hari yang sesuai iaitu ketika 'Super Tuesday'

Promosi memang setiap hari tetapi ianya adalah untuk waktu terhad. Mungkin bulan depan dah tiada, tapi akan ada promosi lain dan sebagainya. Tetapi cara #1 adalah yang terbaik setakat ini kalau anda nak makan pizza dengan harga murah dengan harga RM3.90 sahaja dah dapat satu pizza.

Post a Comment

Previous Post Next Post