Kerajaan baru-baru ini mengumumkan bantuan tunai untuk golongan B40 dibawah Kementerian Kewangan sebelum ini iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
Tujuan masih sama iaitu ingin membela nasib rakyat susah terutamanya golongan rentan dan mudah terjejas serta membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.
Jika sebelum ini, kerajaan memutusan bantuan ini akan dibuat pada bulan Mac 2023, tetapi kini diputuskan supaya STR Fasa 1 diawalkan kepada bulan Januari 2023.
Pembayaran STR Fasa 1 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa). Berikut merupakan amaun dan jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima yang layak
- Isi Rumah (Kahwin/Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak = RM300
- Warga Emas tiada pasangan = RM100
- Bujang = RM100
Penerima STR yang mempunyai Akaun bank, pembayaran akan dibuat mulai 17 Januari 2023 secara berperingkat ke akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2023
Manakala penerima STR yang Tiada Akaun Bank, tuntutan tunai boleh dibuat di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari 2023.
Cara Buat Semakan Status Bayaran
Jadi untuk ketahui adakah anda adalah penerima bayaran Fasa 1 STR 2023, anda boleh buat semakan status bayaran mulai 17 Januari 2023 dengan cara berikut:
- Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah LHDNM di https://bantuantunai.hasil.gov.my dengan memilih menu Log masuk MySTR > Semakan Pembayaran Fasa 1
- Aplikasi Semakan Sumbangan Tunai Rahmah dengan download di Play Store atau App Store
- Hubungi LHDNM: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi - 5.00 petang)
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi 9.00 pagi - 5.00 petang)
- Hadir ke LHDNM yang berhampiran
Siapakah Yang Layak Menerima Pembayaran Fasa 1 STR 2023
Jika anda merupakan penerima BKM 2022, anda layak untuk menerima Fasa 1 STR 2023 dan tidak perlu buat permohonan baru atau kemaskini jika tiada perubahan pada butiran anda.
Untuk info lanjut, pergi ke portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) LHDNM