Dividen ASB Tahun 2022 Sebanyak 5.1 sen Termasuk Bonus Tambahan

ividen ASB Tahun 2022 Sebanyak 5.1 sen

Berita yang ditunggu-tunggu kini telah tiba dimana Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) hari ini telah mengumumkan pengagihan pendapatan (divide) bagi produk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022.

Untuk tahun 2022, dividen atau pengagihan pendapatan adalah sebanyak 3.35 sen dengan bonus 1.25 sen seunit iaitu berjumlah 4.60 sen. Selain itu, Bonus Tambahan juga diberikan sebanyak 0.50 sen seunit iaitu terhad untuk 30,000 unit pertama sahaja.

Menjadikan keseluruhan dividen ASB 2022 adalah sebanyak 5.1 sen termasuk bonus tambahan

Cara Perkiraan Dividen ASB 2022

Anda boleh rujuk illustrasi pengagihan pendapatan atau dividen ASB untuk tahun 2022 seperti dibawah dengan jumlah unit 10,000, 30,000 dan 100,000

Cara kira dividen ASB tahun 2022

Jumlah keseluruhan pengagihan pendapatan adalah sebanyak RM8.9 bilion ini akan memanfaatkan seramai 10.6 juta pemegang unit.

Untuk perbandingan, tahun 2021, dividen ASB adalah 5.0 sen seuniti iaitu merangkumi 4.25 sen seunit dan bonus sebanyak 0.75 sen seunit.

Dalam pada itu, ASNB sebelum ini juga telah memberitahu dimana urus niaga ASB di semua cawangan dan ejen ASNB adalah ditangguhkan bermula 22 hingga 31 Disember 2022 termasuk juga di platform digital dan perbankan internet.

Jika anda ingin berurusan, boleh berbuat demikian bermula 1 Januari 2023 untuk portal dan aplikasi myASNB atau pada 3 Januari 2023 untuk mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara.


Sumber : Facebook ASNB

Post a Comment

Previous Post Next Post